Friday, February 25, 2022

Najib tak tahu laporan Bank Negara mengenai suami Zeti

 

Najib tak tahu laporan Bank Negara mengenai suami Zeti
Diterbitkan:  Feb 24, 2022 8:16 PM
Dikemaskini: 8:16 PM

Bekas perdana menteri Najib Razak berkata dia tidak tahu-menahu mengenai sebarang laporan maklumat yang dibuat Bank Negara Malaysia (BNM) melibatkan suami kepada bekas gabenor bank pusat berkenaan.

“Pada masa itu saya masih perdana menteri tetapi bekas gabenor tersebut, BNM atau ada mana-mana agensi kerajaan tidak pernah memaklumkan perkara ini kepada saya.

“Pihak saya hanya menyedari perkara ini pada akhir 2020 setelah surat akuan bersumpah ahli-ahli keluarga gabenor tersebut kepada polis Singapura mula terbongkar dan menjadi tular,” kata Najib di Facebooknya.

Najib merujuk kepada kenyataan BNM semalam bahawa ia ada menerima maklumat daripada unit perisikan kewangan asing berkaitan dengan akaun milik suami kepada mantan gabenor.

Ekoran daripada itu, BNM berkata mereka memberikan maklumat kepada “agensi penguatkuasaan undang-undang” berkaitan - yang tidak dinamakan - pada April 2016, selaras Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Pada masa itu, Najib ialah perdana menteri dan menteri kewangan, manakala Zeti Akhtar Aziz pula merupakan gabenor BNM sehingga 30 April 2016.

Tim Leissner

Pada 22 Feb, bekas pegawai bank Goldman Sachs, Tim Leissner, memberitahu sebuah mahkamah di New York bahawa dia dimaklumkan oleh bekas pekerja bawahannya yang suami Zeti telah “dirasuah”.

“Rasuah” berkenaan, menurut pemahaman Leissner, membolehkan 1MDB memindahkan AS$1 bilion ke luar negara pada 2009 untuk apa yang dikatakan sebagai usahasama PetroSaudi-1MDB.

Leissner berkata dia tidak mengetahui apakah benar-benar ada sebarang pembayaran rasuah dibuat.

Dia memberi keterangan sebagai saksi utama dalam perbicaraan jenayah membabitkan bekas ketua perbankan pelaburan Goldman Sachs Malaysia, Roger Ng.

Tidak ada maklumat

Keterangan ahli perbankan pada 22 Feb itu menyaksikan dia menamakan Zeti dua kali, tetapi bukan suami bekas gabenor BNM berkenaan, Tawfiq Ayman.

Dalam satu kenyataan hari ini, Tawfiq berkata dia tidak pernah menerima rasuah sepanjang hidupnya, serta tidak pernah mengenali Leissner mahupun Ng.

Najib turut mempersoalkan jika benar BNM ada memberikan maklumat mengenai suami bekas gabenor BNM itu, maka itu bererti kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) juga patut tahu mengenainya.

“[...] bekas Gabenor ini yang juga merupakan antara saksi-saksi penting dan memainkan peranan yang amat penting dalam kes-kes mahkamah SRC dan 1MDB saya.

“Jadi, kenapa pula pihak pendakwa raya tidak pernah menyalurkan maklumat ini kepada barisan peguam pertahanan saya untuk saya bela diri?” soal Najib.

Dakwanya ahli parlimen Pekan itu lagi, pihak pendakwaan bahkan mendakwa mereka tidak mempunyai maklumat berhubung bekas gabenor berkenaan.

(Mk)

7 comments:

Anonymous said...

Cerita gebang heenng sini heeengg sana dari satu bukit ke satu bukit tak selesai masalah.. persoalan dari persialan semua ini..

BILA NAK TANGKAP ZETTY...

BILA NAK CEKUP JHO LOW...

BILA NAK CARI NIK FAISAL

gebang terkinja kinja walaun Tun tak selesai masalah sebenar..


KHALAS

Anonymous said...

Adakah ini seperti clare brown yg dibayar berjuta utk hangatkan 90 juta.

Anonymous said...

Clare Brown menyalak di Britton sana.. takut nak datang... Barua betina mat salleh Atok elok Bagus la berambos balik negara asal... Eropah pun nak perang dah... beramboss


Bila nak tangkap Zety depan mata ni haah... jangan Zety lesap baru terhegeh nak cari... Bapak Professor Diraja anak beranak keluarga pencuri...

Memalukan...!!

Anonymous said...

Adakah Mahathir dan Mahiaddin akan berjaya menyumbat dan memenjarakan Najib?

Jawapannya adalah tidak!!!

Sehari pun Najib tidak akan kepenjara atau dipenjara.

Sememangnya niat Mahathir dan Mahiaddin untuk menyumbat Najib kepenjara.

Perbezaan pandangan dan pendapat disertakan dengan keingkaran Najib untuk menuruti segala kemahuan Mahathir, keadaan ini telah membarahkan lagi kebencian Mahathir terhadap kepimpinan Najib.

Berbeza dengan Mahiaddin, kerana beliau telah dipecat dari UMNO ketika menjawat Jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Najib,maka, api balas dendam telah menyemarak dihati beliau.

IMDB telah dijadikan asbab olih Mahathir dan Mahiaddin untuk menyemarakkan lagi kebencian rakyat terhadap Najib.

Walauapapun strategi telah diguna olih Mahathir dan Mahiaddin, samaada ketika memegang jawatan PM mahupun selepas hilang kuasa, namun, beberapa watak yang telah diimplan didalam kerajaan samaada didalam sector perundangan mahupun kehakiman, watak watak ini masih berkiblatkan kepada dua watak ini.

Terdapat satu lagi tingkatan Mahkamah yang bolih membebaskan beliau iaitu Mahkamah Rayuan. Hakim Mahkamah rayuan adalah orang yang sama menjatuhkan hukum bossku. Sesuatu yamg tidak adil hakim yg sama jatuhkan hukum di peringkat rayuan.. itu lah Malaysia.. Malaysia dah macam celaka..!!

Leissner, saksi penting dalam perbicaraan seorang bekas pengurus bank Goldman Sachs, Roger Ng, menyifatkan penghantaran USD1 bilion wang AMLA dalam tempoh semalaman itu sebagai “tidak pernah berlaku dahulu”.


Walaupun Najib dituduh dan didakwa dengan berbagai tuduhan namun semakin lama semakin menyinar kebenaran yang dikatakan olih Najib.

Sehingga kini Mahathir dan Mahiaddin tetap berusaha untuk menanamkan 'hasrat sakit hati mereka' dalam menguburkan "jenama Najib'.

Adakah Mahathir dan Mahiaddin akan berjaya menyumbat dan memenjarakan Najib?

Jawapannya adalah tidak!!!

Sehari pun Najib tidak akan kepenjara atau dipenjara.

Mereka sedaya upaya berusaha untuk menanam kebencian ini dikepala rakyat dengan mengulang ulang cerita yang sama walaupun kes Najib masih lagi berjalan di Mahkamah.

Anonymous said...

Rasuah AMLA Zety terbongkar di USA. Dulu rasuah Zety terbongkar di Singapura.. 2 Negara dedah kes AMLA dan pengkhianatan Zety , pihak berkuasa di Malaysia masih bisu..

Perbicaraan Roger Ng di mahkamah Amerika berkenaan 1MDB mendapati pengkuan Tim Leissner bahawa secara rasmi beliau telah menghulurkan sogokan kepada suami bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

Bayaran sogokan telah dibuat sebanyak dua kali, satu sebelum lulus dan satu lagi selepas diluluskan.

Dengan kenyataan ini , bahawa jelas , satu perlakuan jenayah telah di “established” tanpa keraguan.

Di Malaysia pula, Tan Seri Zeti dan Nor Yakob masih berdiam diri tanpa membuat kenyataan balas atau respon kepada berita viral berkenaan rasuah Liessner itu yang menjadi “world news”.Malah sekian lama masih berdiam diri.

Sekurang kurang nya perguna seorang peguam menjadi juruckap untuk memberi kenyataan. Pelik bin ajaib AG SPRM dan PDRM masih gentel telo tak buat apa apa..


Namun , kedua kroni Tun Mahathir ini terus membisu.

Anonymous said...

Mana mana yg timbulkan contraversi, eloklah tinggalkan politik. Concentrate business atau kerja kemasyarakatan yg berfaedah. Rakyat celaru. Fokus dah tak tentu hala. Bagi lah pada yg bersih dan tiada kontraversi memerintah. Asyik asyik fokus pada individu. Ini negara yg ramai penduduk. Bukan milik individu atau kelompok tertentu. Ramai yg muka tak malu.

Kalau ajib menang pun, rakyat dah meluat. Kalau atok menang pun, rakyat dah meluat. Muka muka yg suka bergaduh sesama sendiri.

Tora-Tora said...

Najib ni kalau kes kena batang hidung dia selamba jawap..."Saya tak tau". Ini serupa jawapan zombie umur 95 tahun tu. Kenapa lah kamu ni semua Allah jadikan sebagai manusia...kan lebih baik jadi BINATANG dan aman negara Malaysia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails