Friday, February 25, 2022

Leissner mengaku curi puluhan juta dolar dana 1MDB

 

NEW YORK: Bekas jurubank Goldman Sachs, Tim Leissner, yang mengaku membantu menggelapkan berbilion dolar daripada dana 1MDB, memberi keterangan dia turut mencuri puluhan juta dolar daripada rakan jenayah dalam penipuan itu.

Leissner,52, yang juga saksi utama kerajaan dalam perbicaraan rasuah membabitkan bekas rakan sekerjanya, Roger Ng, memberi keterangan itu semalam di mahkamah di Brooklyn, New York.

Katanya, 'sebahagian besar' daripada AS$6.5 bilion (RM27.3 bilion) diperoleh melalui tiga perjanjian bon 1MDB yang dibuat bersama Ng digunakan untuk membayar sogokan dan rasuah kepada pegawai di Malaysia serta Abu Dhabi.

Namun, menurut Leissner, wang sogokan bernilai AS$60 juta (RM252 juta) yang disimpan untuk dirinya sendiri tidak mencukupi.

Apabila pembiaya dari Malaysia, yang juga dalang skandal itu, Jho Low, memintanya 'memegang' 145 juta Euro (AS$162 juta) dalam sebuah syarikat di Mauritius, beliau melihatnya sebagai satu peluang.

Disebabkan kebanyakan wangnya dilaburkan dalam aset tidak cair, Leissner memberitahu juri dia menyimpan AS$80 juta (RM336 juta) untuk dirinya sendiri selain turut meminjam AS$1.25 juta (RM 5.25 juta) daripada Ng.

Leissner berkata, penahanannya pada 2018 menghalang beliau membayar balik wang berkenaan kepada Ng.

"Saya mempunyai niat untuk membayarnya kembali dari masa ke semasa tetapi tidak mendapat peluang," katanya kepada juri.

Untuk rekod, Leissner mengaku bersalah pada 2018 kerana bersubahat untuk melanggar undang-undang anti-rasuah AS dan bersetuju untuk bekerjasama dengan harapan dijatuhkan hukuman yang lebih ringan.

Pada hari keempat semalam, beliau memberi keterangan dalam perbicaraan yang menyelidik kehidupan peribadinya termasuk bagaimana dia berbohong, mencuri dan menipu.

Leissner berkata dia menggunakan sebahagian wang yang dicuri daripada Jho Low untuk membeli bot bernilai AS$50 juta (RM210 juta), sebahagian pasukan bola sepak Inter Milan dan pangsapuri di 68th Street serta Madison Avenue, Manhattan.

Sebahagian wang turut digunakan sebagai bayaran pendahuluan sebuah rumah di Los Angeles, yang dikongsi dengan isterinya kini, Kimora Lee Simmons, seorang bekas model antarabangsa.

Selain itu, dia juga melabur dalam syarikat multimedia, All Def Digital Inc dan syarikat minuman tenaga, Celsius Holdings Inc.

Leissner dijangka menyambung semula keterangannya pada Isnin depan. - AGENSI

Lihat seterusnya..

4 comments:

Anonymous said...

Ini akibat pilih pemimpin yg tidak jujur. Sampai duit pun dicuri oleh orang luar. Banyak pulak tu. Kalangan pemimpin pun ada sendiket curi duit.

Anonymous said...

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menegur sikap bangsa Melayu yang tidak berfikir panjang sebaliknya mudah dan tertarik membuat pilihan untuk menerima rasuah.

Sehubungan itu, beliau terus mengajak orang Melayu untuk bersama-sama menyertai perjuangan menentang rasuah yang banyak memberi kemudaratan.

Mengulas keadaan kesihatan beliau setelah berdepan serangan jantung yang teruk baru-baru ini, Ahli Parlimen Langkawi itu bersyukur kerana pulih dan kembali sihat, hampir seperti biasa.

“Alhamdulillah saya telah pulih dari serangan teruk ke atas kesihatan saya. Demikian semasa diserang saya putus harapan. Saya percaya masa saya sudah tiba.


##Tak payah nak sindir orang melayu secara keseluruhan. Yg korup tu segelintir. Termasuk yg berucap tu. Di luar sana masih ramai yg tidak korup. JANGAN PERENDAHKAN ORANG MELAYU.##

Anonymous said...

Dakwa dan tangkap Zety umpama mendakwa dan menangkap Tun Mahathir dan kuncu kuncu nya.

Imej Negara akan pulih jika Zety didakwa dengan segera. Kerja kotor Zety adalah bayangan kerja kotor Tun Mahathir mengenakan Bossku.

Zety dan Tan Sri Nor Mohammad Yakcob adalah umpama bayangan Tun Mahathir dalam mengenakan Bossku bersama sama kuncu kuncu nya.

Nor Mohamed juga dipercayai terlibat secara langsung dalam meluluskan syarat terma bond SRC yang pada hemat penganalisis berkenaan sebagai "tidak masuk akal".

Pinjaman SRC sebanyak RM4 bilion daripada KWAP diluluskan dengan Kerajaan Malaysia bertindak sebagai penjamin.

Siasatan bebas, telus dan adil sudah tentu memberi peluang kepada Tan Sri Nor Mohamed Yakcop membersihkan namanya sekiranya beliau tidak terlibat dan tidak bersalah. Ianya juga diharap dapat mencerahkan kekaburan serta teka-teki kes 1MDB dan SRC yang masih belum terjawab sepenuhnya sehingga kini.

Imej Negara akan pulih jika Zety didakwa dengan segera. Kisah Bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Aziz , dimana suaminya memiliki wang RM700 juta dari seorang “fugitive” yang kerajaan Pakatan Harapan sendiri mempopularkan nama nya demi hendak mengenakan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak , rupa rupa nya ada lah pihak yang bersekongkol dengan suami bekas Gabenor itu sendiri.

Malah bekas Peguam Negara lantikan kerajaan Tun Mahathir, Tommy Thomas sendiri mengakui bahawa keluarga Zeti “facilitate” Jho Low dalam kenyataan nya.

Ini lah imej negara dibawah kerajaan Tun Mahathir yang sangat “damaging” kepada negara.

Kerajaan PH dilihat sebagai “culprit” mengenakan Bossku tetapi melindungi bekas Gabenor, malah memberi jawatan menjaga ratusan billion wang milik rakyat didalam Permodalan Nasional Berhad.

Kerajaan Mahathir juga dilihat kotor dengan melantik pesalah rasuah Terowong menjadi Menteri Kewangan nya.

Akbat kejijikan dan kekotoran ini, puak PH dan Mahathir sendiri perlu bermainkan sentimen dan di ulang dan di ratib dalam minda rakyat yang Bossku sebagai pencuri
perompak sebagai kerja mengalih perhatian rakyat serta memperbodohkan kan rakyat yang sentiasa ramai datang dari “kluster” mudah kena tipu.

Imej negara yang sudah hancur dan hilang wibawa mengakibatkan pelabur semua enggan masuk melabur sambil yang belum masuk memilih negara jiran untuk melabur.

Isu suami bekas Gabenor miliki wang “haram” TIA/1MDB menjadi kudis kepada imej negara kerana masih belum didakwa dan dilengah lengahkan pendakwaan nya.

Persoalan sangat mudah berlegar diminda semua pihak atas sebab soalan tergantung “apa kah yang menyebabkan susah sangat untuk mendakwa Zeti dan Keluarga?”

Akibat lambat dan sukar didakwa, semua pihak yang mengikuti kes Bossku telah mengandaikan bahawa ia berkemungkinan membabitkan orang orang seperti Tun Mahathir , Tun Daim dan hampir 5-7 Tan Sri ternama yang terkait Mahathir.

Dakwa Zeti umpama dakwa Mahathir dan kuncu kuncu kerana demi mahu menyelamatkan diri pasti Zeti terpaksa dedah arahan siapa di ikutinya berdiam diri berkenaan derma RM2.6 bilion dan juga berdiam diri dengan laporan CAD dan Polis Singapura.

Selain itu , kerajaan PH dibawah kuasa Tun juga boleh didakwa bersekongkol melindungi perasuah dan pesalah kewangan.

Maka Imej Negara akan pulih jika Zety didakwa dengan segera. Kerja kotor Zety adalah bayangan kerja kotor Tun Mahathir mengenakan dan memfitnah Bossku.

Anonymous said...

Mereka tu yg bergelumang dengan kelompok rasuah. Mereka adalah kepalanya. Yang lain ekor. Bila dah bergelumang dengan kelompok rasuah, mereka tidak dapat melihat kelompok yang tidak rasuah. Contoh jelas kelompok di kelantan dan trengganu.

Bila dah jadi ahli kelompok rasuah, timbul kejahatan lain. Seperti menyekat peruntukan persekutuan ke negeri tertentu. Menukar royalti kepada wang ihsan. Menyekat peruntukan wakil wakil rakyat tertentu. Ini semua kerja jahat dan tidak beretika dari pemimpin yang bergelumang dengan kelompok rasuah.

Kesannya ialah negara kucar kacir. Pembangunan yang tidak seimbang. Ada negeri yg terlalu maju. Ada negeri yang terlalu perlahan pembangunannya. Pemimpin yang lakukan kesalahan diangkat ke kedudukan yang lebih tinggi. Ini semua kerja jahat dari pemimpin yang berada dalam kelompok rasuah.

Jadi bila pilih pemimpin, pilih pemimpin yang bukan dalam kelompok rasuah. Pembangunan akan seimbang. Tiada pilih kasih. Rasuah terhindar. Adil dan saksama dapat dinikmati. Pemimpin yang bermasalah akan disingkirkan. Tiada kebocoran ekonomi, yang masuk ke poket pemimpin tertentu. Yang penting setiap urusan kembali ke landasan yang betul.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails