Thursday, February 24, 2022

Hentikan serangan talian ke wartawan wanita India Muslim ini..

 

Akaun bank Rana Ayubb telah dibekukan oleh pihak berkuasa India. (FOTO Opindia)

PBB selar serangan dalam talian terhadap wartawan Muslim India

NEW DELHI: Pihak hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa supaya dihentikan serangan dalam talian terhadap seorang wartawan wanita India Muslim, Rana Ayyub dan meminta pihak berkuasa di negara itu mengadakan siasatan terhadap gangguan tersebut.

Rana yang banyak mengkritik Perdana Menteri, Narendra Modi dan ideologi nasionalis Hindu Parti Bharatiya Janata (BJP), telah menjadi sasaran kempen penderaan dalam talian tanpa henti termasuk ancaman bunuh.

Satu kenyataan daripada PBB pada Isnin (21 Feb) berkata, Rana merupakan ‘mangsa serangan dan ancaman dalam talian yang semakin dihimpit bahaya’ oleh kumpulan sayap kanan nasionalis Hindu.

Serangan dalam talian terhadap wartawan berusia 37 tahun dikatakan adalah sebagai tindak balas kepada laporan Rana mengenai isu yang melibatkan golongan minoriti Muslim India, kritikannya terhadap pengendalian kerajaan terhadap pandemik Covid-19, dan ulasannya mengenai larangan hijab baru-baru ini di sekolah dan kolej di negeri selatan Karnataka.

Kenyataan PBB itu juga menegaskan bahawa kerajaan India telah gagal untuk mengutuk atau menyiasat serangan dalam talian terhadap Rana yang merupakan wartawan dan kolumnis The Washington Post.

Selain itu, Rana juga telah mengalami gangguan dari segi undang-undang oleh pihak berkuasa India termasuk pembekuan akaun banknya dan aset-asetnya yang lain.

Rana memulakan kariernya sebagai wartawan penyiasat dan menulis sebuah buku berjudul Gujarat Files: Anatomy of The Cover Up yang mendakwa Modi terlibat dalam keganasan mazhab di Gujerat pada tahun 2002, ketika beliau sudah menjadi perdana menteri ketika itu. – AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Muslimin di India dizalimi, walaupun di negara sendiri, tetapi nasionalis Hindu pelampau perkauman keturunan pendatang di Malaysia dilayani... Itukah Malaysia?

2 comments:

Anonymous said...

Malangnya anjing-anjing gila LTTE ternakan modi bebas berkeliaran dan melakukan provokasi, penghinaan dan fitnah secara terbuka untuk memburuk-burukkan Islam dan umat Islam di negara kita.

Sepatutnya anjing-anjing gila ini berambus keluar dari Tanah Melayu supaya rakyat dan Tanah Melayu selamat dari hasutanjahat mereka.

Anonymous said...

Selesaikan 1mdb. Tiada kaitan pun dgn pas. Covid mencanak, tiada kaitan dgn pas. Jgn lupa ph perintah, import covid.

Jangan lupa harta tabung haji kena jual. Jangan lupa duit zakat pun disapu legasi komunis.

Kita pakat pakat sokong pas dan pn. Tiada faedah sokong parti liberal. Canang pandai perintah, rupanya macam tikus repair labu. Mangkok hayun sapa yang sokong the hancings.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails