Monday, August 02, 2021

Puluhan Ahli Parlimen pembangkang berarak ke Parlimen

 

KUALA LUMPUR: Puluhan Ahli Parlimen pembangkang berarak menuju semula ke Parlimen selepas berkumpul di Dataran Merdeka kira-kira jam 10.20 pagi tadi.

Mereka berarak beramai-ramai berjalan kaki sambil membawa sepanduk tertera 'Mahiaddin dan Kabinet, letak jawatan'.

Selain Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH), turut kelihatan Ahli Parlimen dari Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG).

Terdahulu di Dataran Merdeka, beberapa Ahli Parlimen kelihatan menyampai ucapan antaranya Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad, Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, Datuk Seri Saifuddin Nasution.

Sebahagian Ahli Parlimen dari blok pembangkang berkumpul di Dataran Merdeka seterusnya berarak secara aman menuju ke Parlimen susulan sesi Dewan Rakyat di Parlimen yang dijadualkan hari ni telah ditangguhkan. Turut kelihatan, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Foto Aswadi Alias

Ahli Parlimen bertindak berkumpul di Dataran Merdeka selepas laluan masuk ke Parlimen di sini, dikawal ketat oleh pihak berkuasa selepas beberapa Ahli Parlimen pembangkang dilihat cuba memasuki bangunan itu, pagi ini.

Tinjauan BH mendapati, beberapa jalan utama menuju ke Parlimen ditutup, menyebabkan kesesakan lalu lintas sekitar Jalan Parlimen, di sini.

(BH)

3 comments:

Anonymous said...

KAH KAH ATOK JUGAK DATANG TUNJUK SOKONGAN
WALAU TELO NYA GOYANG TIADA SAPA YG TAHU
PARLIMEN TUTUP SESAJA TUNJUK DIRI DATANG
NAK BANG NON JDI PM PUSAT SEMBELIHAN MENUNGGU


KIKIKIKIKI....


KAT LUAR TUNJUK SOKONG LAM ATI SAPA YG TAHU
TUNJUK SOKONG TEBALKAN MUKA TATAU MALU
ATOK TERSEPIT DIRI TATAU MANA TEMPAT MENGADU
DRAMA ATOK LAGI DASAT ANWAR JADI PM ATOK X SETUJU


KAH KAH KAH



#HAAHTEPOKKPADAMMUKOATOK

Anonymous said...

Semalam baju hitam potensi semarak covid. Hari ini bos bos baju hitam semarak covid. Sabah berganda covid angkara p/raya shafie afdal. Bukan menyampah, tapi dah meluat dengan anwar ibrahim.

Anonymous said...

Seronok tengok aksi2 monet2 yg kuchiwa ni, dah kemaruk sangat nak jadi PM...kah...kah..kah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails