Monday, August 02, 2021

Semalam geng baju hitam, hari ini kod hitam. Sikap polis?

 

Rakyat patuh SOP, MP pembangkang langar undang-undang -N/Presiden PAS.

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Senator Ustaz Idris Ahmad mempertikaikan tindakan ahli-ahli Parlimen dari blok pembangkang yang sepatutnya menjadi contoh kepada 32 juta rakyat supaya mematuhi undang-undang, dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Katanya, ahli-ahli Parlimen yang merupakan penggubal undang-undang sepatutnya menghormati undang-undang.

Namun sebaliknya berlaku apabila ahli-ahli Parlimen itu tekad mengadakan himpunan dikala Covid-19 masih mengganas.

“Pertamanya, rakyat di Malaysia ini cukup patuh. Apabila arahan mengatakan tidak boleh pergi solat berjemaah di masjid dan surau, mereka patuh.

“Apabila pergi ke surau masjid, mereka buat penjarakan sosial, mereka patuh. Apabila pasar malam tidak boleh meniaga, mereka patuh.

“Anak-anak tidak boleh belajar di sekolah, terpaksa belajar dari rumah, anak-anak patuh. Pekerja-pekerja yang bukan bersifat essential keperluan, tidak dibenarkan untuk dibuka, mereka patuh.

“Semua perkara-perkara yang diarah oleh MKN (Majlis Keselamatan Negara), melalui nasihat daripada KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia), mereka patuh.

“Jadi amat tidak eloklah apabila kita sebagai law maker tiba-tiba bertindak sedemikian rupa,” ujarnya ketika dihubungi HarakahDaily, hari ini.

Tambah beliau, mahu atau tidak, kes positif Covid-19 di Malaysia perlu kembali dilandaikan serta diturunkan.

Katanya, ahli-ahli Parlimen perlu menerima hakikat bahawa terdapat beberapa pegawai pengiring disahkan positif Covid-19, dalam masa sama terdapat kemungkinan berlaku penularan dalam kawasan Parlimen.

“Yang bekerja bertungkus lumus di klinik, di hospital, ialah doktor-doktor, nurse, pembawa kereta ambulans, (petugas) pusat kesihatan daerah dan sebagainya.

“Mereka ini tidak cukup tangan hari ini, dan mereka yang menjadi mangsa apabila kita bertindak demikian.

“Masalah hendak buat demonstrasi, hendak buat apa, itu hak masing-masing kerana itu kebebasan yang ada. Tetapi tengoklah suasana, keadaan semasa seperti begini.

“Sekarang ini suasana perang, maka sebab itu, apabila suasana perang ini, sepatutnya musuh kita bersama ialah, tidak kira PH, tak kira PN.

“Tak kira orang tiada parti dan sebagainya, tidak kira bangsa agama apa. Musuh kita yang kita hadap sekarang ini ialah Covid-19.

“Bukan kita hendak bermusuh sesama kita sampai tidak tahu musim perenggan kita ini untuk hendak berhenti.

“Maka sebab itu, apa yang berlaku semalam, kita tengok geng baju hitam, hari ini geng daripada kod (suite) hitam

“Jadi kita amat kesal lah apabila berlaku benda begitu kerana orang lain boleh ikut, tidak boleh pergi ziarah kubur, orang ikut.

“Tak boleh buat kenduri, orang ikut. Tiba-tiba pula kita tidak ikut, macam mana?” soalnya. – HARAKAHDAILY 2/8/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Semalam geng baju hitam, hari ini kod (suite) hitam pula melanggar peraturan. Naib Presiden PAS, mempertikaikan tindakan ahli Parlimen blok pembangkang yang sepatutnya menjadi contoh kepada 32 juta rakyat supaya mematuhi undang-undang. 

Mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan. Rakyat, seolah-olah ingin tahu dan penjelasan apa komen dan sikap pihak polis dalam hal ini?

5 comments:

Anonymous said...

Tahniah pas. Akhir zaman islam akan difitnah bertubi tubi.

Anonymous said...

KESIAN DOKTOR DOKTOR KONTRAK SUMA
DAHLAH KONTRAK PEMBANGANG LANGGAR SOP
SENDRI LIHAT SINDRI FIKIR2KAN YER
NAK SALAHKAN KER KERAJAAN LAGI..!?


#HAAHDOKTORSUMATEPOKKK

Anonymous said...

Baju hitam kot hitam. Macam ni sebab doktor dapat kerja tambahan. Tak paham paham. Abu jahal berkedudukan orangnya, tapi jahil sebab hati dah gelap. Jangan tambah beban lagi kpd rakyat yg innocent. Bila dah gila kerusi pm, peduli apa nyawa rakyat. Boleh kerjasama dgn atok lagi walaupun dah ikat janji no more atok with ph. Nak kena lesing abam and the rotten gang.

Unknown said...

Buka mata buka hati guna akal anugerah Allah SWT ...sebab2 dan kronologi sehingga suhu politik panas membahang kini...jangan bersikap demi keuntungan laba politik murahan...rakyat bukan bodoh...melihat tindakan2 parti yang hanya gah pada slogan tetapi lebih pentingkan survival dan keuntungan jawatan pangkat tembolok berbanding integriti akauntabiliti jauh sekali mempertahankan kedaulatan....

Anonymous said...

Guna akal. Jangan dok tabur fitnah. Bawa penyokong sebar covid.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails