Monday, August 02, 2021

AP Pembngkang hadir juga, walau sidang ditangguhkan.

 

Anggota polis mengawal ketat pintu masuk utama di hadapan bangunan Parlimen.-Foto NSTP/Aswadi Alias

Bangunan Parlimen dikawal ketat

KUALA LUMPUR: Laluan masuk ke Parlimen di sini, dikawal ketat oleh pihak berkuasa selepas beberapa Ahli Parlimen pembangkang dilihat cuba memasuki bangunan itu, pagi ini.

Tinjauan BH mendapati, beberapa jalan utama menuju ke Parlimen ditutup, menyebabkan kesesakan lalu lintas sekitar Jalan Parlimen, di sini.

Laluan utama ke Parlimen ditutup dengan penghadang bagi mengelak orang ramai masuk, susulan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang dijadual berlangsung hari ini, ditangguhkan.

Rentetan penangguhan itu, beberapa Ahli Parlimen pembangkang bertegas untuk hadir ke Parlimen, walaupun sidang berkenaan ditangguhkan.

Antara yang dilihat hadir ialah Ahli Parlimen daripada DAP, antaranya RSN Rayer dan Teresa Kok.

Pihak berkuasa bagaimanapun, mengarahkan mereka beredar dalam tempoh 10 minit. (BH)

1 comment:

Anonymous said...

Nak kata bengap, kelulusan ada. Lainlah mat sabu. Agaknya politik adalah nyawa utk terus hidup.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails