Tuesday, August 03, 2021

Ambil tindakan tegas MP pembangkang. IH setuju &sokong.

 

Ambil tindakan tegas MP pembangkang sertai himpunan

KUALA LUMPUR: Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas terhadap semua peserta yang menyertai perhimpunan haram termasuk ahli-ahli Parlimen pembangkang di Dataran Merdeka, semalam.

Desakan itu kata Pengerusinya, Mohd Zai Mustafa, selari dengan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) seperti yang dimaklumkan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri bahawa sebarang perhimpunan sewaktu Covid-19 adalah tidak dibenarkan dan salah.

“Perbuatan berhimpun yang sudah jelas menyalahi SOP (prosedur operasi standard) ini membawa kemarahan rakyat yang selama ini bersabar mematuhi peraturan, walaupun turut terkesan dengan wabak Covid-19.

“PDRM mesti bertindak tegas terhadap kesalahan SOP sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

“Rakyat boleh bersabar mengenai isu buka surau dan masjid. Begitu juga isu buka perniagaan, rakyat masih sabar walaupun menanggung kerugian. Tetapi perkara yang jelas salah dengan mengadakan himpunan seperti ini mengguris hati rakyat.

“Sepatutnya Ahli Parlimen Pembangkang menunjukkan contoh terbaik dan bukannya mempamerkan perbuatan negatif sehingga menjejaskan usaha kerajaan dalam memulihkan negara pada fasa Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Sementara itu, UMMAH turut menyeru seluruh rakyat Malaysia dan para pemimpin mematuhi segala peraturan yang ditetapkan kerajaan demi memastikan negara berjaya keluar daripada wabak Cpvid-19.

Katanya, UMMAH juga telah membuat satu laporan polis semalam sebagai pemula, dan menyeru semua pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan bukan kerajaan Islam (NGI) yang cintakan keselamatan negara berbuat demikian bagi mengekang sebarang tindakan yang cuba merosakkan negara ini. – HARAKAHDAILY 3/8/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Setuju dan sokong cadangan UMMAH

3 comments:

Anonymous said...

Monet2 ini mengurung rakyat buat sekian lama TETAPI MONET2 ni sendiri berhimpun sesama sendiri dan tanpa disedari telah menyebarkan virus COVID-19!

Betul2 MACAM PERANGAI MONYET!

Aziz said...

yang durhaka pada Agong tu kenapa diam saja, walaun saorang pun tak berbunyi, dah jadi syaitan bisu

Anonymous said...

TOKONG JERIT DAULAT TUANKU
TETIBA RASA TEKAK LOYA MELURU
KEMBANG PERUT RASA SENAK NGILU
BETUL KE NIH DAP SOKONG RAJA MELAYU.!?


TOKONG LAUNG DAULAT TUANKU WALAUN TERKINJA2
PEERGH ADA JUGAK MELAYU BARUA PERCAYA SAKAN
BANG NON DAN TUN BERDIRI SAMA SAMA DATARAN
WAYANG DAH START POP CORN TAMBAH KITA HIDANGKAN



KIKIKIKI..


#TAKSERIKKENABODOHSAMATOKONG

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails