Wednesday, June 09, 2021

Rogol 10: Polis direman rogol tahanan ibu tunggal

 

KOTA BHARU: Seorang pegawai polis direman empat hari bermula hari ini selepas disyaki melakukan seks oral dan merogol ibu tunggal di sebuah bilik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), di sini, Sabtu lalu.

Suspek ditahan semalam mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 377C kanun sama.

Suspek berusia 29 tahun dikatakan melakukan perbuatan terkutuk itu pada jam 3 petang ketika mangsa yang berusia 27 tahun dari lokap Balai Polis Pengkalan Chepa dibawa ke bilik suspek untuk siasatan.

Sumber berkata, ketika berada dalam bilik berkenaan, suspek dikatakan membuka pakaian mangsa dan memaksa wanita itu melakukan seks oral serta melakukan persetubuhan dengan wanita berkenaan.

"Terdahulu, mangsa yang berstatus janda dan mempunyai dua orang anak ditangkap bersama bekas suaminya hasil serbuan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPD Kota Bharu, Jumaat lalu.

"Hasil serbuan berkenaan, polis merampas dadah jenis syabu dan pil kuda. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 39A (1) dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Suspek adalah pegawai penyiasat yang bertanggungjawab mengendalikan kes berkenaan," katanya ketika dihubungi.

Sumber berkata, susulan tangkapan berkenaan, wanita dan bekas suaminya direman seminggu di lokap Balai Polis Pengkalan Chepa sehingga Jumaat ini.

"Berdasarkan keterangan mangsa, kejadian berlaku ketika wanita itu dibawa dari lokap oleh suspek dan dibawa ke bilik suspek di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kota Bharu.

"Ketika berada di bilik itu, suspek menyatakan bahawa kes itu boleh selesai sekiranya mangsa menuruti kehendaknya. Suspek kemudian bertindak memaksa mangsa melakukan seks oral dan persetubuhan," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan, Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 377C kanun sama.

Ikutilah siri-siri terkini kes rogol berikut..

Rogol 1:Pasngan Suami-Isteri rogol gadis di Bukit Tinggi.  Rogol 2: Dipenjara 1,050 tahun, 24 sebatan.  Rogol 3: Budak 10 tahun didapati hamil di Sarawak.... Rogol 4: Babitkan wanita kasta rendah di IndiaRogol 5: Bukti Gagalnya Barat. Perancis X dapat Me...  Rogol 6: Persundalan Elit. Pengasas Sugarbook dita...  Rogol 7: Kes Rogol ADUN Tronoh. Esok sambung lagi.  Rogol 7 (i): ADUN Tronoh. 2 kesan koyakan baharu p... Rogol 8: Da'i, rogol + setubuh di luar tabii. Rogol 9: Serah bukti dakwaan ADUN Gombak Setia ja... Rogol 10: Polis direman rogol tahanan ibu tunggal

1 comment:

Anonymous said...

musibah ynag Allah bagi tak cukup lagi
terus bermaksiat
tu pun ada hati nak minta Allah hilangkan bala ni

minta taubat dulu segala jahat yang kiat buat selama ni

Sesungguhnya tobat di sisi Allah hanyalah tobat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertobat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah tobatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Dan tidaklah tobat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, (barulah) ia mengatakan: "Sesungguhnya saya bertobat sekarang"
Dan tidak (pula diterima tobat) orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran.
Bagi orang-orang itu telah Kami sediakan siksa yang pedih.

kalau dah tahu dosa buat jahat tapi buat jugak
macam mana
ada ynag dedah aurat hari hari
oi ngeri dosanya
memnag layak pun manusia pakat terima bala ni

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails