Wednesday, June 09, 2021

Pulau Pinang taja bas hantar pesakit COVID-19. Tapi..

 

Foto Google/hiasan

GEORGETOWN: Kerajaan negeri menaja tiga bas untuk kegunaan Jabatan Kesihatan Pulau Pinang (JKNPP) bagi membawa pesakit COVID-19 ke pusat kuarantin.

Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Zairil Khir Johari, berkata tajaan bas itu membabitkan peruntukan sebanyak RM72,000 sebulan, yang sudah diluluskan menerusi Perkhidmatan CAT (Congestion Alleviation Transport) dalam Belanjawan 2021.

Katanya, berikutan jumlah kes harian mencecah ratusan di Pulau Pinang, kerajaan negeri berharap langkah proaktif itu sedikit sebanyak dapat meringankan kekangan sumber JKNPP.

"Bas berkenaan akan menghantar pesakit ke pusat kuarantin yang ditetapkan khususnya di Pusat Kecemerlangan MARA (MEC), Jawi dan Pusat Latihan Zakat (PULAZA), Balik Pulau, di sini.

"Tiga bas itu diambil daripada pengurangan bas CAT sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Zairil berkata, tiga bas itu akan dioperasikan oleh Rapid Penang seperti dalam perjanjian CAT dengan kerajaan negeri.

Katanya, pemandu yang bertugas bagi perkhidmatan berkenaan sudah diberi latihan khas, sesi orientasi serta vaksinasi oleh JKNPP semalam.

Setiap bas akan dinyahkuman di pusat kuarantin selepas pesakit COVID-19 diturunkan di pusat kuarantin masing-masing.

"Pakaian perlindungan diri dan semua peralatan sokongan akan disediakan JKNPP kepada Rapid Penang bagi menjamin keselamatan pemandu itu.

"Kerajaan negeri berharap dengan penajaan tiga bas pada saat kritikal ini sedikit banyak dapat mengurangkan masalah logistik yang dihadapi oleh JKNPP," katanya. (BH)

Apakah kerajaan DAP Pulau Pinang kini perlu diapungkan semula seperti feri ini?

Feri Pulau Pinang berjaya diapungkan semula kira-kira jam 10 malam tadi. - Foto ihsan SPPP. Feri Pulau Pinang yang dilaporkan separa tenggelam selepas air memasuki lubang serta memenuhi ruang enjinnya, berjaya diapungkan semula, semalam.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Negeri nampak kaya, tapi dalam usaha-usaha prihatin rakyat, 'lembab'

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails