Monday, June 07, 2021

DUN Sarawak kekal berfungsi di bawah Ordinan Darurat

 

KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang penggalnya tamat bermula esok, akan kekal berfungsi di bawah Ordinan Darurat hingga 1 Ogos depan, kata Yang Dipertuanya Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nasar hari ini.

Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nasar

Beliau berkata berdasarkan perlembagaan negeri, penggal DUN semasa berakhir selepas 6 Jun (hari ini), iaitu cukup tempoh lima tahun dari tarikh mesyuarat pertamanya diadakan.

Bagaimanapun, peruntukan itu tidak dapat berkuat kuasa disebabkan pelaksanaan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, katanya. 

“Hari ini (6 Jun) merupakan hari terakhir penggal ke-18 Dewan Undangan Negeri Sarawak. Esok, DUN sepatutnya terbubar selaras dengan Perkara 21(3) Perlembagaan Sarawak.

“(Namun disebabkan penguatkuasaan darurat) DUN dan kesemua 82 ahlinya serta jemaah menteri negeri akan terus berfungsi dan menjalankan tugas di bawah Ordinan Darurat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Asfia berkata beliau juga akan memaklumkan kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya bahawa DUN Sarawak tidak dibubarkan hari ini dan akan menyambung penggalnya hingga 1 Ogos 2021.

Pada 25 Mei lepas, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati kerajaan Sarawak agar meneruskan fungsinya seperti biasa sekalipun penggal DUN tamat selepas 6 Jun.

Titah baginda kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk terus berfungsi semasa tempoh darurat seperti yang diperkenankan oleh Seri Paduka menerusi Pengisytiharan Darurat, berkuat kuasa sejak 11 Jan lepas hingga 1 Ogos ini. – BERNAMA

2 comments:

Anonymous said...

NAJIB SOAL LAGI KE MANA PERGINYA DANA 1MDB RM33.4 BILION YANG DIKEMBALIKAN?

Propaganda alasan hutang 1MDB makan diri apabila kerajaan Perikatan Nasional cuba menyalahkan Najib atas isu jarah Tabung KWAN

Hari itu, kerajaan PN guna alasan hutang RM32 bilion 1MDB membebankan sebagai alasan untuk korek Tabung KWAN bernilai RM16.9 bilion.

Najib jawab serta-merta dan tunjukkan bukti bahawa satu sen prinsipal hutang 1MDB tidak pernah dibayar balik sejak PRU-14 walaupun dana sekurang-kurangnya RM33.4 bilion sudah diselesaikan atau dipulangkan.

Masih ada lagi dana akan diterima dalam penyelesaian yang masih dalam proses.

Najib juga senaraikan aset-aset 1MDB yang masih tinggal seperti 40 peratus kepentingan dalam projek Bandar Malaysia dengan GDV RM140b, 100 peratus kepentingan dalam projek TRX dan juga 8 pangkalan MINDEF yang telah dibina atau dinaiktaraf oleh 1MDB.

Najib tanya kerajaan, mana perginya dana RM33.4 bilion yang telah dikembalikan setakat ini? Senarai dan bukti ada di bawah:

https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157850876830952

Adakah dana yang dikembalikan tidak dapat ringankan beban?

Mana rizab tunai Petronas yang tinggi masa Najib Perdana Menteri daripada RM30 bilion ke RM176 bilion untuk dijarah PH/PN pergi.!?

Anonymous said...

Ramai bangsa dap yg malu2 nak bayar cukai pendapatan. Yg bawak traktor, yg jadi kontraktor, yg jual arak, yg business judi haram, yg jadi along, yg jual dadah, dan banyak lagi. Mereka malu2 nak bayar cukai. Dan parti liberal dan parti kuali pun tak malu2 nak jadi khadam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails