Sunday, June 06, 2021

Lagi Prihatin Rakyat RM522 juta. Al-hamdulillah. Nasib Ada Agama. Bukan K'jaan Kedekut.

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. - Foto Fail NSTP

Agensi agama agih sumbangan RM522 juta

KUALA LUMPUR: Agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengagihkan sumbangan bernilai RM522 juta bagi membantu mereka yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Sumbangan berkenaan adalah daripada agensi yang terbabit dengan program Mus'adah 1.0 dan 2.0 dari Mac hingga Mei lalu.

Pada masa sama, sejumlah RM3.3 juta disumbangkan bagi membantu warga Palestin melalui program Mus'adah 3.0.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata ia adalah inisiatif kecil agensi kerajaan sebagai pelengkap kepada pakej bantuan dan rangsangan ekonomi kerajaan berjumlah RM340 bilion kepada rakyat.

Katanya, agihan bantuan berbentuk wang tunai, dana perniagaan, latihan kemahiran bank makanan, makanan sedia untuk dimakan, wakaf kesihatan dan peralatan perubatan, projek baik pulih dan bina rumah, bantuan komputer riba dan sebagainya.

"Bantuan diberi kepada 10 kelompok sasar di seluruh negara merentasi agama dan bangsa," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Perincian agihan bantuan itu dibentangkan melalui Kad Laporan Bulanan dan Kad Laporan Tahunan yang dimuat naik di media sosial dan laman web rasmi.

Zulkifli berkata, bagi Mus'adah 3.0 yang bermula 1 Jun lalu sempena sekatan pergerakan penuh, bantuan akan diagih dengan lebih giat ke seluruh negara selain kelompok sasar terbaharu iaitu rakyat Palestin di Malaysia dan di Palestin.

"Sejumlah RM3.3 juta yang dikumpulkan akan disalur terus kepada keluarga rakyat Palestin di Malaysia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menguruskan bantuan kepada Palestin," katanya.

Pecahan kutipan adalah seperti berikut:

1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) - RM60,829

2. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan MAIWP) - RM2,129,000

3. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) - RM333,355

4. Lembaga Tabung Haji (TH) - RM500,000

5. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) - RM130,000

6. Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) - RM120,100

7. Yayasan Waqaf Malaysia - RM20,000

8. Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) - RM25,218

9. Al Hijrah Media Corporation (TV Alhijrah) - RM10,000

Zulkifli memaklumkan, agihan bermula semalam dengan disalur kepada 1,100 keluarga Palestin di Kedutaan Palestin di Malaysia; RM550,000 wang tunai dan pek makanan JAWI Food Bank / YaPEIM / YADIM manakala RM20,000 untuk Kedutaan Palestin di Malaysia .

Sementara itu, dua keluarga Palestin dalam kategori asnaf menerima wang tunai RM2,000 dan pek makanan JAWIFood Bank.

Turut disalurkan bantuan bagi pembiayaan yuran pengajian pelajar Palestin dan Syria di lima Universiti Awam iaitu Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya dan Universiti Sains Islam Malaysia bernilai RM1 juta.

Sejumlah RM1.4 juta disalur kepada NGO di Palestin dan RM356,502 untuk Tabung Kecemasan negara itu.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lagi kerajaan prihatin rakyat, RM522 juta. Al-hamdulillah. Nasib baik ada agama, bukan 'kerajaan kedekut rakyat'. Bukan macam parti sekular yang anti agama.  Biarlah fakta berbicara. Kita bosan dengan celuparnya 'barua-barua' DAP, yang anti Islam.. Allahu Akbar!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails