Thursday, May 27, 2021

X puas hati boleh lapor SPRM. PH Tak cerdik mana!

 

PH celaru pertikai keputusan dibuat sendiri – Sanusi. 
'Tender LRA di negeri ini terletak di bawah JKR selaku agensi penguasa diputuskan Kerajaan PH, tiada campur tangan Kerajaan PN'

ALOR SETAR: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) semasa berkuasa telah memutuskan semua projek loji rawatan air (LRA) diletakkan di bawah kendalian Jabatan Kerja Raya (JKR) selaku agensi penguasa atau pemilik projek.

Syarikat Air Darul Aman (SADA) tiada peranan atau kaitan dengan projek-projek tersebut walaupun akhirnya menjadi pemilik kepada semua LRA, demikian jawab Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor.

“Inilah sebahagian kecelaruan keputusan PH sewaktu berkuasa di negeri ini. SADA ada memohon dilibatkan sebagai wakil penguasa dalam peringkat pembinaan.

“Kerana dalam JKR tak ada lagi pakar-pakar bahagian bekalan air apabila JKR Air dalam JKR telah dijumudkan setelah bekalan air di negeri-negeri dikorporatkan selari dengan kehendak Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006.

Detail kena rujuk JKR yang menguruskan tender. Saya tak terbabit,” bidas Sanusi terhadap gesaan Ketua Pembangkang, Dato’ Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi mengenai isu tender LRA Bukit Selambau bernilai RM129.4 juta.

Jelas Sanusi, semua projek LRA di negeri ini adalah dibuat secara tender terbuka menerusi JKR mengikut tatacara perolehan dan tender kerajaan tanpa adanya campur tangan oleh pihak kerajaan negeri.

Phahrolrazi mempertikaikan pemberian projek naik taraf tersebut kepada Widad Builders Sdn Bhd (WBSB) di mana perkara seumpama dibangkitkan terhadap projek pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP).

“Masa BN (Barisan Nasional) dulu iklan tander dah keluar, datang PH depa batal kononnya nak buat kajian harga. Setahun lebih baru selesai kajian harga, keputusannya sama macam harga sebelumnya.

“Kemudian dibuka semula tender dan banyak syarikat masuk tender dikendalikan sepenuhnya oleh JKR sebagai pemilik projek. Proses tender ini dikendalikan oleh Jawatankuasa Penilaian dan Jawatankuasa Tander.

“Tiada org politik atau wakil rakyat dalam kedua-dua jawatankuasa dilantik JKR itu. Sewaktu berlaku peralihan kuasa (dari PH kepada Perikatan Nasional), semua proses berkaitan dalam Jawatankuasa Penilaian dan Tander telah hampir selesai.

“Kerajaan baru hanya memohon supaya dipercepatkan prosesnya agar ke semua pembinaan LRA dapat disegerakan. Tidak lebih dari itu. Kerajaan tidak pernah ambil tahu syarikat mana yang layak dan syarikat mana tidak layak.

“Siapa yang masuk tander pun kita tidak ambil tahu. Bukan urusan kita. Bila keputusan keluar, dapatlah siapa yang dapat dan tak dapat, kita tak campurtangan selari dengan dasar kerajaan yang telus.

“Kita tiada campur tangan dalam urusan jabatan-jabatan yang berjalan mengikut ketetapan peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa,” jelas Sanusi.

Beliau menggesa pihak yang mempertikaikan itu sekiranya masih tidak puas hati boleh melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau mana-mana agensi berkaitan untuk tindakan.

Keterangan lanjut oleh pihak yang mempertikaikan juga katanya, boleh diperolehi menerusi penjelasan daripada Pengarah JKR Negeri atau agensi-agensi yang terbabit.

“Orang yang bangkitkan isu ni ada masuk tender ka tidak? Ataupun proksi mereka tidak menang tander? Itu masalah mereka, bukan masalah kerajaan negeri,” bidasnya lagi. – HARAKAHDAILY 25/5/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tak puas hati boleh lapor SPRM. Nampak sangat PH tak cerdik tera mana. Padanlah 22 bulan terlingkop pun!

1 comment:

Anonymous said...

Ph ni hanya pandai fitnah dan kencing. Sia2 dapat gaji.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails