Monday, May 24, 2021

Nahas LRT, PM arah siasatan segera

Petugas keselamatan membawa mangsa untuk mendapatkan rawatan susulan perlanggaran dua tren LRT di ibu negara, malam ini. - NSTP/ASWADI ALIS.

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan siasatan penuh dilakukan untuk mengenal pasti punca kemalangan membabitkan perlanggaran dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) yang menyebabkan 47 penumpang cedera parah, hari ini.

Perdana Menteri berkata, Kementerian Pengangkutan dan pihak Prasarana Malaysia Berhad sudah diarah melakukan siasatan penuh untuk mengenal pasti punca kemalangan serta mengambil tindakan tegas dengan segera.

"Keutamaan harus diberi kepada mangsa kemalangan.

"Saya sudah mengarahkan semua pihak memberi kerjasama sepenuhnya bagi memastikan mangsa mendapat rawatan menyeluruh memandangkan kita juga berada dalam gelombang pandemik COVID-19 yang meningkat naik," katanya dalam satu kenyataan di Facebook, malam ini.

Beliau turut berdoa supaya kerja menyelamat mangsa dipermudahkan dan mereka yang cedera diarah diberi rawatan segera.

"Saya difahamkan petugas keselamatan dan kecemasan sedang berada di tempat kejadian.

"Semoga kerja-kerja penyelamatan dipermudah dan penumpang terbabit selamat, manakala mereka yang cedera diberikan rawatan segera," katanya.(BH)

4 comments:

Anonymous said...

Bala memanjang dibawah p end ni...

Didoakan tiada yg maut bg yg parah. Semoga semua selamat akhirnya.

Janganlah bersekongkol dgn pencuri dan pengkhianat. Tak ke mana akhirnya..

Anonymous said...

Macam palestina jugak sentiasa kena serang dan ramai yg syahid. Hanya yg tabah dan percaya kpd kebenaran yg mampu mengharunginya. Yg percaya pada kitab avengelist sentiasa cari alasan untuk menghalalkan yg salah dan pura2.

Anonymous said...

Bala memanjang dibawah Pee H pimpinan puak roket rasis ni...Aset tabung umat Islam dan aset kerajaan dijual dan semakin banyak hutang kerajaan, ekonomi negara merundum, agama Islam dan umat Islam dihina, pengganas komunis dipuja, rakyat china komunis (bersama wabak covid-19) digalakkan menetap di negara kita dan rakyat negara kita dikencing hancing dll oleh puak Pee H pimpinan abang besar roket.

Didoakan puak Pee H pimpinan puak kafir harbi roket pupus segera supaya negara dan rakyat selamat dari kencing hancing Pee H . Semoga semua selamat akhirnya.

Janganlah bersekongkol dgn pencuri dan pengkhianat dalam puak roket yang memimpin khadam Pee H liberal. Tak ke mana akhirnya..

Anonymous said...

Masa ph, tangkap najib kerana mencuri. Mahkamah pulangkan semula duit yg dirampas. Satu lagi siri fitnah yg terbongkar. Kalaulah ph terus berkuasa, entah poket sapa duit tu diseludup. Inilah rupa sebenar ph. Sentiasa fitnah dan pura2 baik.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails