Wednesday, May 26, 2021

Kehadiran pesawat pengintip protaip Israel timbul tanda tanya

 

SHAH ALAM – Kehadiran pesawat pengintip prototaip Israel yang dilaporkan sedang menjalankan penerbangan ujian merentas ruang udara Putrajaya sebelum mendarat di Singapura mengundang pelbagai tanda tanya

Penganalisis pertahanan Zaki Salleh berkata, walaupun pada dasarnya ia adalah penerbangan biasa tetapi kehadiran pesawat tersebut yang dilengkapi dengan perkakasan perisikan elektronik menarik perhatian ramai.

Menurut beliau, berkemungkinan pesawat berkenaan sedang melakukan ujian sistem terbaharu dan penerbangan jarak jauh yang dilaksanakan adalah bagi melihat keberkesanan perkakas yang diuji.

Jelas Zaki, dengan pelbagai sistem penderiaan dan sensor yang amat sensitif, maka sebab itu kehadiran pesawat tersebut di Singapura menarik perhatian selain boleh menimbulkan kemusykilan berhubung tujuannya.

Sebelum ini, sebuah portal media melaporkan sebuah pesawat pengintip prototaip Israel dilaporkan sedang menjalankan penerbangan ujian di Singapura.

Ujian penerbangan selama 4 jam itu telah melibatkan sebuah pesawat Boeing 737-400 yang bernombor pendaftaran 4X-AOO milik syarikat IAI-Elta. (IH)

4 comments:

Anonymous said...

Punyalah banyak tempat lain, mengapa temasik jadi pilihan.

Anonymous said...

Mini zionist dapic suka sangat lah penerbangan percubaan zionist yahudi. Pastinya tiada bantahan dari parti liberal dan parti kuali. Membantah ertinya melukakan hati mini zionist dapic. Menongkah arus khadam2 dengan prinsip kemanusiaan dan islam yg diamalkan oleh majoriti penduduk di sini.

Anonymous said...

Tentera kacang merah @ RBA ternakan abang besar roket dan fitnah berpisah tiada kerana mereka adalah kembar siam yang sangat menjijikkan !!!

Jika satelit China jatuh ke bumi, Covid menyerang India, kemarau di Afrika, buaya makan orang di Auatralia, ais lebur di kutub utara dan selatan dll, puak RBA tetap menfitnah, memburuk-burukkan dan menyalahkan parti Islam, ulama Islam dan kerajaan Msia.

Inilah akibatnya apabila puak RBA suka menyondol dedak cap roket seperti bab*.

Anonymous said...

Pernerbangan jet rejim pengganas Israhell di ruang udara Msia adalah untuk mengintip negara Msia.

Mengapa jet TUDM tidak memintas jet pengintip tersebut ? Mengapa jet TUDM juga telah gagal memintas jet penumpang MH370 ? Siapakah yang menghalang ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails