Tuesday, May 25, 2021

Boikot barangan penyumbang kepada Yahudi Israel. Bagaimana?

 

JIKA ingin boikot produk Yahudi Israel, pastikan anda guna cara yang betul dan berkesan, untuk anda, keluarga dan masyarakat. Dengan ketegangan yang meningkat di Tebing Barat dan Baitul Maqdis, di antara Israel dan HAMAS dan Palestin, memang wajar untuk kita semua berfikir cara untuk membantu mereka yang memerlukan di sana. 

Selain daripada memberi sumbangan kewangan, kita boleh juga menyumbang dengan cara memboikot barangan dan perkhidmatan yang berkait rapat dengan Yahudi Israel. Kenapa? Kerana kita tak mahu terlibat sama membantu Yahudi Israel secara tidak langsung dalam tindakan mereka memerangi penduduk Gaza dan Palestin. 

Kita tidak mahu nanti kita dipersoalkan di hadapan Allah S.W.T kerana tidak berusaha menghalang Yahudi Israel daripada menyeksa dan membunuh rakyat Gaza dan Palestin. Oleh kerana itu memboikot barangan atau perkhidmatan yang jelas bersekongkol dengan Yahudi Israel merupakan salah satu usaha kecil kita untuk menunjukkan rasa benci kita kepada keganasan Yahudi Israel.

Persoalannya ialah kita tidak mempunyai maklumat yang cukup mengenai produk yang ada kaitan dengan Yahudi dan bukti kukuh yang syarikat-syarikat yang mengeluarkan produk berkenaan memang menyumbang kepada Yahudi Israel.

Jadi apakah cara atau kaedah yang boleh kita guna untuk melakukan boikot ini? Saya sediakan panduan ini untuk pertimbangan anda:

1. Mengapa boikot (tujuan boikot).
2. Produk atau perkhidmatan apa yang mahu diboikot.
3. Bagaimana cara memboikot.
4. Bila masa terbaik memboikot.

1. Mengapa perlu boikot

Sudah jelas kita mahu memboikot untuk memberi signal bahawa kita benci dengan apa yang Yahudi Israel sedang lakukan ke atas penduduk Gaza dan Baitul Maqdis. Yahudi Israel perlu menghentikan apa yang sedang mereka lakukan sekarang.

2. Produk atau perkhidmatan apa yang mahu diboikot

a. Produk yang jelas membantu Yahudi Israel dan sekutunya. 
b. Produk hanya pilihan, bukan keperluan.

3. Bagaimana cara memboikot

Pilih produk berulang iaitu yang kerap digunakan (produk makanan, kecantikan, kesihatan dan kegunaan harian). Produk yang kerap diguna akan lebih mendatangkan impak dalam usaha pemboikotan. Jangan pilih produk sekali beli seperti peralatan komputer, telefon, TV dan seumpamanya kerana ramai yang telah membeli produk-produk ini. Yang belum beli boleh beralih ke jenama lain.

4. Bila masa terbaik memboikot

Sekarang! Sebab apa? Suasana sedang hangat dan dunia sedang tertumpu kepada konflik di Palestin dan Semenanjung Gaza menjadikan kempen memboikot akan lebih mudah mendapat sambutan dan sudah tentu kesannya akan lebih mendalam. Jika ada 10 juta rakyat Malaysia memboikot produk berkaitan Yahudi bernilai RM100 sebulan, kemudian kita sebarkan usaha ini ke serata dunia dan disambut oleh masyarakt dunia yang lain, saya yakin Yahudi akan terkesan. 

Sejauh mana kesannya? Kita serah kepada Allah. Yang penting kita berusaha bersungguh-sungguh dan berkekalan, bukan hangat-hangat tahi ayam. Masalah besarnya ialah item no 2 kerana kita tidak mempunyai banyak dan cukup maklumat mengenai syarikat yang membantu Yahudi Israel. Jadi bagaimana kita mahu mebuat keputusan yang betul? Islam telah menunjukkan jalan penyelesaiannya.

Dalam Islam kita diajar untuk mengambil yang jelas nyata dan meninggalkan perkara yang samar-samar. Ia jelas dinyatakan dalam Hadis Nabi S.A.W yang bermaksud:

“Dari Abu Abdillah Nu’man bin Basyir R.A dia berkata, Saya mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, “Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhah (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Maka siapa yang takut terhadap syubhah bererti dia telah menyelamatkan agamanya dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhah, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan…” 

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

“Dari Abu Muhammad Hasan bin Ali bin Abi Thalib, cucu Rasulullah S.A.W dan kesayangannnya R.A, dia berkata: “Aku hafal (sebuah Hadith) dari Rasulullah SAW: “Tinggalkan yang meragukanmu lalu ambillah yang tidak meragukanmu.””

(Hadis Riwayat Tirmidzi, An-Nasa’i. Tirmidzi mengatakan bahwa Hadis ini Hasan dan Shahih)

Begitu juga ada kaedah Fiqh yang menyebutkan secara asas mengenai perkara yang meragukan. Antara kaedah Fiqh yang masyhur serta membantu dalam proses pengeluaran sesuatu hukum adalah ‘Keyakinan tidak dihilangkan dengan syak (keraguan).’ Kaedah ini merupakan salah satu kaedah yang penting di dalam ilmu Fiqh. Hadis dan kaedah Fiqh ini boleh membantu kita untuk membuat keputusan memboikot atau tidak memboikot.

Contoh “Betul ke satu ‘produk makanan itu’ menyumbang kepada Yahudi Israel?” Maknanya anda meragui kebenaran ‘produk makanan itu’ menyumbang kepada Israel dan anda lebih yakin ‘produk makanan itu’ tidak menyumbang kepada Yahudi Israel. Maka teruskan menyokong ‘produk makanan itu’. Anda akan terus menyokong ‘produk makanan itu’ hingga ada bukti jelas ‘produk makanan itu’ menyokong Yahudi Israel kerana ‘keyakinan tidak boleh dihilangkan oleh keraguan‘.

“Betul la ‘produk makanan Malaysia itu’ tak sokong Israel tapi ‘produk makanan Malaysia itu’ perlu bayar yuran francais kepada ibu pejabat yang menyumbang ke Yahudi Israel.” Maknanya anda meragui penafian ‘produk makanan itu’ tidak menyokong Israel. Anda Lebih yakin ‘produk makanan itu’ memang menyumbang kepada Yahudi Israel. Maka teruskan boikot ‘produk makanan itu’ kerana ia bersesuaian dengan maksud Hadis:

“Tinggalkan yang meragukanmu lalu ambillah yang tidak meragukanmu.” 

“Pemilik ‘produk minuman itu’ adalah Yahudi walau ‘produk minuman itu’ menafikan terlibat dengan mana-mana gerakan Yahudi.” Yahudi tetap Yahudi. Maknanya anda meyakini ‘produk minuman itu’ memang ada kaitan dengan Yahudi dan anda yakin Yahudi akan tetap membantu Yahudi.

Maka teruskan boikot ‘produk minuman itu’ (saya memang tak pernah jejakkan kaki di ‘produk minuman itu’ dan saya melarang anak-anak saya membeli produk ‘produk minuman itu’ kerana mahal dan tak matipun jika tidak ke ‘produk minuman itu’. Sama juga tindakan saya memboikot semua produk jenama lain).

“Betul pemilik ‘produk minuman itu’ adalah Yahudi dan ‘produk minuman itu’ telah menafikan terlibat dengan mana-mana gerakan Yahudi. Ada juga Yahudi yang tak setuju dengan tindakan Zionis Yahudi.” Ini menunjukkan anda meyakini ‘produk minuman itu’ memang tidak ada kaitan menyokong Zionis YAHUDI dan anda yakin ‘produk minuman itu’ tidak membantu Yahudi. Maka anda boleh teruskan menikmati kopi di ‘produk minuman itu’.

Empat situasi ini sekadar contoh untuk menentukan keputusan anda. Ini yang saya sebutkan kita perlu bijak membuat keputusan memboikot sesuatu produk. 

Kaedah inilah yang saya gunakan dalam membuat keputusan-keputusan penting dalam kerja seharian saya kerana Hadis dan kaedah dan Usul Fiqh wujud untuk membantu dan memandu kita dalam melaksanakan kerja seharian. Yang penting ialah kita tidak mengeluarkan hukum Halal atau Haram membeli atau tidak membeli di ‘produk makanan itu’ atau ‘produk minuman itu’. Yang boleh mengeluarkan hukum Halal atau Haram adalah para Mufti. Kita hanya bertindak berhati-hati berdasarkan maklumat dan pengetahuan serta kefahaman yang kita ada.

Ada beberapa hikmah yang boleh kita ambil dari Hadis-hadis dan kaedah Fiqh di atas. Antaranya adalah:

1. Tinggalkan yang meragukan

Dua Hadis di atas mengajar kita bahawa kadangkala manusia boleh merasa ragu-ragu. Namun begitu, untuk setiap keraguan pasti ada rasa yakin di baliknya. Kerana itu, di ketika rasa ragu muncul, adalah lebih baik jika keraguan tersebut ditinggalkan dan kita hanya mengambil atau melakukan sesuatu yang kita yakini sahaja. Kita bukan yakin membuta tuli atau ragu membuta tuli, perlu ada asasnya.

Meninggalkan sesuatu yang meragukan adalah satu usaha untuk meninggalkan perkara syubhah dan mengambil yang halal. Kerana syubhah adalah setiap hal yang membuat seseorang merasa ragu atas status kehalalannya. Sedangkan yang halal adalah setiap hal yang membuat seseorang merasa tenang ketika melakukannya. (Saya tidak bermaksud mengeluarkan hukum halal atau haram dalam hal ini.)

2. Keyakinan melahirkan ketenangan

Apabila seseorang merasa ragu, maka dirinya akan diliputi dengan kerisauan dan rasa serba salah. Mengambil sesuatu yang diyakini akan membuat perasaan menjadi lebih tenang dan rasa serba-salah akan hilang. Tindakan ini boleh diamalkan dalam berbagai aspek kehidupan setiap Muslim.

Ketika kita dihadapkan dengan dua pilihan, maka mengambil pilihan yang lebih menenangkan adalah lebih utama. Hal ini juga menunjukkan bahawa Islam sentiasa mahukan kemudahan pada penganutnya. 

3. Ada banyak hal yang tidak meragukan

Ulamak berpendapat bahawa meninggalkan sesuatu yang meragukan adalah termasuk sesuatu yang dituntut kerana ia boleh menghindari perdebatan dan perselisihan. Apalagi jika hal yang diperselisihkan masih belum jelas manfaatnya. Sedangkan kesan dari perselisihan itu pasti dan jelas. Untuk apa kita berdebat mengenai memboikot perkara yang kita belum pasti sedangkan meninggalkan produk berkenaan tidak memberi sebarang kesan dalam kehidupan kita.

Para Sahabat Rasulullah S.A.W terdahulu seperti Saidina Umar, Ibnu Umar, Mu`az Bin Jabal, Ibnu Mas’ud dan ramai lagi menganggap bahawa meninggalkan yang meragukan juga lebih utama. Kerana seringkali manusia memberi tumpuan kepada hal-hal yang meragukan, lalu mengabaikan ribuan pilihan lain yang tidak meragukan. Kenapa kita perlu membuang masa berdebat mengenainya?

Inilah kaedah yang saya guna dan akan terus saya guna hingga ada kaedah lain yang lebih kuat untuk menidakkan kaedah yang saya gunakan sekarang. Moga-moga ia membantu anda menjadi pemboikot yang bijak. Selamat memboikot.

DR MOHD FUAD MOHD SALLEH – HARAKAHDAILY 24/5/2021

3 comments:

Anonymous said...

Cadangan dan ulasan yg menarik. Tapi kat sini ramai percaya anggota ph tidak bersetuju atas dasar manifesto liberal, semua orang adalah sama dan semua agama adalah sama. Kitab avengalist adalah sama taraf dengan al quran menurut pendokong parti liberal dan parti kuali.

Anonymous said...

Khadam-khadam liberal ternakan abang besar roket adalah musang roket berbulu ayam yang menyokong musuh Islam dan mengkhianati agama Islam dan umat Islam.

Mereka takut pada tuan kafir harbi mereka tetapi mereka tidak takut pada Allah kerana hati mereka telah menjadi hitan berkarat penuh dengan kebencian terhadap Islam dan umat Islam.

Merekalah yang akan menyalak histeria membela puak kafir harbi menghina Islam. Merekalah yang akan memaki hamun dan menfitnah umat Islam dan ulama Islam yang berani membela Islam dan mengkritik kebiadaban puak kafir harb. Merekalah yang telah menghina Allah dan Nabi Muhammad S.A.W. dan menyokong kebebasan untuk murtad.

Sesungguhnya dedak cap roket menjadi kegemaran puak liberal sesat lagi menyesatkan menyebabkan mereka berperangai seperti kerbau pendek yang suka menyondol dedak.

Anonymous said...

KUALA LUMPUR: Sekretariat #Aid4Palestine ingin menzahirkan rasa syukur atas kejayaan fasa pertama dalam misi menghantar bantuan kepada rakyat Palestin seperti yang dirancang sebelum ini.

“Apa yang lebih menggembirakan kami, jumlah kutipan yang berjaya dikutip melebihi sasaran awal kami iaitu RM1 juta. Alhamdulillah,” kata Pengerusi Sekretariat Aid4Palestine, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Untuk makluman, ujarnya bagi fasa pertama kempen #Aid4Palestine telah berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM16.8 juta.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails