Thursday, September 12, 2019

Teruskan Kempen Belilah Barangan Muslim Peringkat Ke-2 -UMMAH PP.



CKY jangan bazir wang rakyat bayar gaji
GERAKAN Pembela Ummah Pulau Pinang (UMMAH Pulau Pinang) mengucapkan terima kasih dan terharu atas respon Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow terhadap Kempen Belilah Barangan Muslim yang dianjurkan oleh pihak kami di Pulau Pinang Ahad lalu. Walaupun seakan negatif ianya amat bernilai kerana peningkatan pengumpulan data usahawan Muslim meningkat mendadak kepada 30 peratus hari ini.
Ramai usahawan terpanggil untuk menyertai sistem yang dibangunkan bersama ABATA dan KOHILAL seperti yang dilancarkan sebelum ini.
Adalah ditegaskan sekali lagi, ini bukan kempen boikot produk bukan Muslim. Saya amat bersetuju dengan pandangan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed dan beberapa Menteri dan Ahli Parlimen kerajaan bahawa kempen ini tiada kesan pun. Oleh itu saya nasihatkan elok mereka fokus kepada permasalahan rakyat yang lain terutamanya janji-janji manifesto mereka yang belum dapat dilunaskan. Jangan habiskan wang rakyat yang membayar gaji mereka tanpa berbuat apa-apa.
Kepada Ketua Menteri Pulau Pinang saya nasihatkan turun kembali berjumpa hampir 5,000 nelayan yang tertindas dan terancam atas Projek PTMP dan PSR yang akan dibangunkan. Selesaikan itu dahulu, jangan habiskan masa mengulas “isu remeh yang tiada kesan”.
Sebenarnya kempen ini setiap masa telah ditegaskan sendiri oleh kerajaan terdahulu ataupun sekarang. Fokus kita ingin membantu usahawan Bumiputera yang jauh ketinggalan. Secara tidak langsung pihak UMMAH Pusat dan UMMAH Pulau Pinang dapat membantu agensi-agensi kerajaan seperti MARA, MARDI, Tekun, Amanah Ikhtiar, Jabatan Pertanian, Kementerian Pembangunan Usahawan dan lain-lain lagi untuk meningkatkan kualiti serta ekonomi usahawan Bumiputera dengan lebih mapan.
Kempen ini juga diterima baik oleh majoriti rakyat. Buktinya ramai rakyat yang menghubungi kami mengucapkan tahniah dan terima kasih kerana kempen ini secara tidak langsung telah menurunkan harga barang-barang tertentu di seluruh negara. Pencukaian SST yang dijanjikan penurunan harga barang oleh kerajaan tidak pula berlaku. Ramai usahawan teruja kerana peningkatan jualan yang mendadak secara tiba-tiba.
Akhir sekali saya memohon semua Menteri-menteri bertenang dan jangan fikirkan “buih-buih di laut” yang tiada kesan. Rakyat Bumiputera Islam ingin hidup dalam barakah membeli barangan halal Muslim. Fokus kepada janji-janji manifesto yang belum selesai. Tunggu kami 27hb September 2019 ini untuk gerakan Kempen Belilah Barangan Muslim Peringkat Ke-2 di Pulau Pinang jika semuanya dapat diuruskan seperti dirancang.
MOHD AKHIR CHE MAT
Pengerusi UMMAH Pulau Pinang - HARAKAHDAILY 11/9/2019

Lihat sebelum ini..

1 comment:

Anonymous said...

Dalam Islam tal aka istilah fahaman LIBERAL
Istilah yang ada dalam Islam adalah:

1-Islam -akidah yang mengikut al-quran dan berdasarkan hadis Nabi Muhamad SAW.
2-Kafir
3-Ajaran Islam yang sesat atau menyimpang (syiah dsb)

Orang yg TAWADUK, tidak memecahbelahkan Islam dengan berbagai unit gelaran lagi.
Sudah, sudahlah....

Lebih baik kita menjaga akidah kita. Bukan menganggap orang lain TIDAK BERIMAN, KITA SAHAJALAH YANG TERBAIK.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails