Howard Lee Chuan How
Ketua Pemuda Sosialis DAP (​DAPSY) Kebangsaan, Howard Lee Chuan How berkata, sekiranya fitnah itu benar, DAP tidak perlu membangkitkan isu kewarganegaraan dan kad pengenalan merah (pemastautin tetap) kepada Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Baik hanya berdiam dan teruskan menjual MyKad sahaja.
"Oleh itu, DAPSY menegaskan tuduhan tersebut adalah tindakan terdesak mencari keuntungan politik murahan terhadap DAP," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dalam pada itu, Howard berkata, kumpulan sindiket menjual MyKad yang dibongkar baru-baru ini perlu dikenakan hukuman berat kerana tindakan mereka merupakan satu pengkhianatan serius, justeru sesiapa yang bersubahat mestilah dibawa ke muka pengadilan kerana mengancam kedaulatan negara.
Beliau berkata, ia berikutan hak kewarganegaraan hanya boleh diberikan melalui kelahiran mengikut proses sah dan tidak seharusnya digugat melalui 'pintu belakang' secara pecah amanah.
"Memperoleh kewarganegaraan melalui jalan korupsi merosakkan institusi awam kita. Sedangkan masih ramai warga kita sendiri yang dilahirkan di negara ini dibelenggu dengan isu kewarganegaraan berdekad lamanya.
"Oleh itu, kami juga mengulangi gesaan agar Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan tuntas dan pantas dalam menyelesaikan masalah berlarutan sejak sekian lama ini membabitkan permohonan kewarganegaraan oleh pemohon yang benar-benar layak," katanya. - UTUSAN ONLINE

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau tak buat takut apa? Kerana pokok sudah bergoyang..