Friday, February 22, 2019

Tabung Haji, Siapa Bodoh? Tentulah PH..



Semalam ada beberapa pemimpin kanan Pakatan Harapan termasuk ahli parlimen mereka berkongsi satu laporan portal kononnya kedudukan kewangan TH adalah terlalu tenat. Disamping terpaksa membelanjakan RM400 juta bagi subsidi haji, TH juga terpaksa memberi hibah kepada pendeposit. Maka orang Islam sepatutnya memahami dan tidak perlu mengharapkan subsidi haji kerana ia sudah menjadi beban kepada TH [1]

Pertama sekali, saya nak pesan kepada pemimpin PH supaya jangan guna taktik BN zaman 90an yang suka hina orang Melayu sebagai bangsa subsidi. Kalau kami bangsa Melayu ini tak nak diberi naik haji kerana tidak berkemampuan (istito'ah), maka kenapa kamu sebagai kerajaan masih lagi nak kami bangsa Melayu bayar cukai pendapatan, cukai SST, cukai soda, cukai perniagaan dan lain lain kalau kamu dah tahu kami ni 'tak berkemampuan'?. Tang cekau duit rakyat ni tak nak kira pula faktor istito'ah.

Kedua, subsidi haji ni jumlahnya RM400juta setahun. Termasuk subsidi kepada pengiring dan perayu. Sedar atau tidak apabila berlakunya pindahmilik saham2 yang memberi dividen tinggi kepada SPV dan diganti dengan RCPS-i yang tiada dividen, ia sebenarnya telah menghilangkan pendapatan tetap TH setiap tahun?

Contohnya, TH telah memindahmilik 500juta saham Malakoff bernilai sekitar RM430 juta. Malakoff ini konsisten bagi dividen +-7% setahun. Maknanya tahun ini sahaja, Malakoff dijangka mampu memberi pendapatan tambahan RM30 juta kepada TH. Cukup untuk bagi subsidi kepada 2,400 jemaah haji.

Tapi sebab SPV ganti saham tersebut dalam bentuk RCPS-i, TH dah tak boleh terima dividen puluhan juta ini.

Ini baru Malakoff. Bagaimana dengan saham saham lain yang mempunyai dividen tinggi seperti Naim Holdings, Pintaras Jaya, Eastern Oriental, Hap Seng Plantations, IJM Corp, Icon Offshore dan UEM Sunrise yang selama ini berjaya memberi hasil memuaskan kepada TH? Sekarang dividen tu dah tak ada. 

Ketiga, tahukah anda sejak PH mengambil alih kerajaan, 20 syarikat utama yang mana Tabung Haji mempunyai pegangan saham signifikan telah kehilangan nilai sebanyak RM2.74 bilion. Nilai ini boleh menampung subsidi haji selama 7 tahun.

Jadi kenapa nak salahkan rakyat? Kenapa nak guna istilah agama untuk hina akal budi rakyat? Mana tanggungjawab kerajaan dalam membantu dan memudahcara ibadat rakyat? 

Sedangkan masalah yang berlaku adalah kerana kalian gagal mengurus ekonomi dan kalian gagal mengurus kewangan Tabung Haji.

Saya akhiri status ini dengan ucapan berhikmah seorang pemimpin negara yang pernah menjadi idola saya 21 tahun dahulu:

"Siapa bodohhhhhh??"
..............
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Gong Pasir, Dungun Terengganu
Rujukan:
[1] http://bebasnews.my/…/tiba-masanya-kita-tahu-hakikat-seben…/


MR :  Tentulah PH 

MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

4 comments:

Anonymous said...

I'm PhD holder, my position: International Biz Councellor.

Dah bertahun Tabung Haji wang diselewengkan oleh berbagai "urusan perniagaan" termasuk membeli sebidang tanah di TREX.

Langkah kerajaan PH "menyelamatkan" Tabung Haji dari bangkrap sepatutnya disokong umat Islam, BUKAN DIPERDAJAL umat Islam.
Hanya orang UMNO sahaja yang masih "mempeerdajalkan" PH.

Tahukah kamu, sebelum Tabung Haji juga membayar gaji sekelompok PEMUDA UMNO dari Parlimen Yan?

I said...

Kuman seberang laut jelas kelihatan. Gajah depan mata tak kelihatan. TH bukan harta individu yg boleh diguna sesuka hati ikut kehendak pemimpin politik. TH hanya memegang amanah rakyat yang hendak menunaikan fardhu haji jika telah memenuhi syarat2nya. Kalau dah tak cukup wang...Islam tak memaksa pun umatnya ke Mekah. Hakikatnya subsidi tu pun tak perlu. Kita selalu membesarkan perkara2 yang remeh seperti subsidi tetapi pepecahan umat Islam dipandang sepi.

Anonymous said...

Barua-barua ternakan abang besar kafir harbi roket yang mendakwa mempunyai PhD (Perassan Hasad Dengki)sibuk menulis komen-komen karut marut tanpa sebarang buktiatau fakta untuk mempertahakan dan membela tuan poliTIKUS pakatan liberal-kafir harbi mereka melingkupkan tabung umat Islam di mana poliTIKUS liberal-kafir harbi berpura-pura membaiki labu yang menyebabkan labu musnah dan poliTIKUS kekenyangan dan umat Islam menanggung kerugian besar.

Tambahan 1 guni dedak roket untuk setiap barua yang menjilat abang besar roket dan towkay b*b* B Pahat.

Bukankah motto @ cogan kata pakatan liberal-kafir harbi kencing rakyat hingga hancing? Tepuk .................

Anonymous said...

Komen-komen yang ditulis oleh barua @ tentera kacang merah (RBA) kafir ternakan abang besar kafir harbi roket dan towkay b*b* B Pahat jelas menunjukkan mereka menyokong tuan dedak roket mereka menyamun dan melingkupkan tabung umat Islam dengan melarikan wang dan aset tabung umat Islam ke tabung yang tidak berkaitan dengan ibadah umat Islam.

Puak liberal yang menjadi pengikut abang besar kafir harbi roket dan towkay b*b* B Pahat pula hanya berfungsi sebagai pasu bunga sahaja dan pak turut sahaja!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails