Kedegilan mereka itu terbukti apabila sebanyak 16 wanita warga asing yang bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO), ditahan dalam serbuan Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Selangor kira-kira pukul 10 malam tadi.
Kesemua mereka yang berusia lingkungan 20 sehingga 30-an itu terdiri daripada sembilan wanita warga Thailand dan Indonesia (7).
Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintenden Mohd. Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, selain mereka turut ditahan ialah dua lelaki warga Bangladesh yang bekerja di pusat hiburan berkenaan.
Ujarnya, pusat hiburan itu sudah beroperasi sejak 10 tahun lalu dan pernah diserbu lebih 10 kali oleh pelbagai agensi, termasuk D7 Selangor kerana menggaji warga asing sebagai GRO.
“Meskipun kerap diserbu, pemilik pusat hiburan berkenaan terus berdegil dan masih menyediakan khidmat GRO warga asing bagi menarik kedatangan pelanggan.
“Hasil siasatan, kesemua wanita itu didapati menyalahgunakan pas lawatan mereka ,” katanya di sini hari ini.
Tambahnya, siasatan masih dijalankan dan kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk diambil keterangan.-UTUSAN ONLINE

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tertanya-tanya di hati rakyat, adakah kerajaan PH sekarang yang berkuasa atau sudah dikuasai oleh gangster atau puak-puak tertentu?