Tuesday, February 19, 2019

Ini, Pergaduhan Di Pasar Babi, Peniaga Ditetak.

Pergaduhan di pasar babi, peniaga ditetak
Mangsa telah mengalami kecederaan di kepala, tangan dan badan akibat ditetak oleh suspek.


SANDAKAN: Polis menahan seorang lelaki dipercayai terbabit dalam kes pergaduhan di Pasar Khinzir Karamunting di sini, pada Ahad.

Dalam kejadian jam kira-kira jam 9.15 pagi itu, seorang mangsa lelaki, 36 tahun, yang juga peniaga daging di pasar itu telah mengalami kecederaan di kepala, tangan dan badan akibat ditetak oleh suspek.


Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hanim, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu oleh orang awam pada jam 9.30 pagi.

"Pergaduhan membabitkan suspek yang menetak mangsa, seorang peniaga daging khinzir di Pasar Karamunting," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Isnin.

Mohd Azhar berkata, dengan tindakan pantas pihaknya telah berjaya menahan suspek seorang lelaki berusia 49 tahun dan sebilah pisau pemotong daging ketika tiba di tempat kejadian.

"Punca kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh dipenjara 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan tersebut," katanya.

1 comment:

Anonymous said...

punca sebb masa bertengkar salah seorang panggil sorang lagi .. babiiiii !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails