Saturday, February 23, 2019

K'tan Penuhi Keperluan Rakyat. Bina 5,000 Rumah Mampu Milik.. Islam!


Dr Izani Hussin melakukan gimik perasmian Projek Taman Jepun.
Bina 5,000 rumah mampu milik penggal lepas

KOTA BHARU: Pada penggal ke-13 sebanyak 5,000 unit rumah mampu milik dibina di seluruh Kelantan bagi memenuhi keperluan rakyat.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Dr Izani Husin berkata, rumah terbabit sebahagian besar sudah siap dan dalam pembinaan.
Projek tersebut dibina agensi kerajaan negeri termasuk Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) serta syarikat swasta.
“Bagaimanapun kerajaan negeri berdepan pula masalah di mana kebanyakan pembeli tidak mempunyai dokumen yang lengkap seperti penyata bank atau penyata gaji.
“Ini menyebabkan institusi kewangan terlibat sukar memberi pinjaman. Jadi Bahagian Perumahan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri akan mengenal pasti pembeli yang ada dokumen,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan majlis pecah tanah Projek Taman Jepun di Pengkalan Chepa hari ini.
Turut hadir anggota Exco Mejar (B) Dato' Md Anizam Abd Rahman; Konsul General Jepun Shinichiro Kanoya, Pengerusi Rohm Wako Dato' Yosuke Yoshioka dan Ketua Whip Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) Shaari Mat Yaman. - HARAKAHDAILY 21/2/2019


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kelantan penuhi keperluan rakyat, bina 5,000 rumah mampu milik. Itulah tuntutan Islam. Begitu bertuahnya rakyat, kalau kerajaan ikut Islam..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails