Tuesday, February 19, 2019

Suspek Samun Wanita Dalam Lif MRT Ditahan, Samun Kedai Sebelumnya .

Polis tahan suspek samun lif MRT
Suspek, seorang lelaki India warga tempatan ditahan di bawah Seksyen 396 Kanun Keseksaan.

KUALA LUMPUR: Polis telah menahan suspek lelaki yang menyamun seorang wanita dalam sebuah lif di stesen aliran transit massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lepas.


Berdasarkan maklumat diterima, suspek ditahan di Taman Cheras, Kuala Lumpur oleh sepasukan anggota dari Unit D9 dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras pada jam 8.10 malam Isnin. 
Menurut polis, suspek, seorang lelaki India warga tempatan berumur 26 tahun akan direman pada pagi Selasa.

Dia ditahan di bawah Seksyen 396 Kanun Keseksaan.
Hasil siasatan polis, suspek didapati telah menyamun sebuah kedai serbaneka 24 jam kira-kira jam 6.30 pagi hari yang sama, berhampiran stesen MRT berkenaan sebelum menyamun mangsa di dalam lif.


Dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 48 tahun dibelasah dan disamun suspek menyebabkan dia mengalami bengkak pada dahi serta kehilangan dokumen peribadi serta wang tunai RM400. (AA)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Malaysia perlu undang-undang jenayah yang lebih berkesan. Lihat..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails