Wednesday, February 20, 2019

33 Politik Pelik PH, Mula Lawan Sesama Sendiri?



1. Politik itu pelik.

2. Sekejap anda berkawan, sekejap anda berlawan. 

3. Kemudian anda berkawan semula, kemudian lawan. Ia pusingan tanpa henti.

4. Pepatah Inggeris ada sebut,

“In politics, there are no permanent enemies, no permanent friends, only permanent interests”

5. Tiada apa yang pelik bila permohonan TG Hj Abdul Hadi Awang untuk bertemu Tun M diterima setelah beberapa kali ditolak.

6. Seperti yang anda boleh lihat, pertemuan berlangsung di Yayasan Al-Bukhary itu kemudian menjadi satu polemik politik yang hebat.

7. Ada berbagai versi muncul, natijah dari pertemuan 45 minit itu.

8. Versi satu, Hadi Awang bawa isu-isu pentadbiran melibatkan kerajaan pusat dan kerajaan negeri (Kelantan, Trengganu) termasuklah soal MTEN, royalti, kaedah pembayaran royalti (seperti hutang perlu langsai oleh kerajaan negeri), projek-projek kerajaan negeri/persekutuan dan lain-lain.

9. Versi dua, datangnya dari Tun M kononnya satu konformasi dari Hadi Awang dan rombongannya bahawa Pas tidak akan menyokong calon BN/UMNO dalam PRK Semenyih.

10. Versi tiga, Pas hanya menyokong kepimpinan Tun M jika beliau dikhianati rakan koalisi PH yang mahu membawa usul undi tidak percaya dalam sidang dewan Parlimen akan datang.

11. Lain-lain versi hanyalah ‘kicap tambah’ untuk menghangatkan lagi polemik politik ini termasuklah kenyataan pucuk pimpinan PH seperti Muhyiddin Yassin, Lim Guang Eng, Anwar Ibrahim dan terbaru adalah Mat Sabu. 

12. Tinggalkan kenyataan ‘kicap tambah’ itu kerana ia adalah peluang untuk menjatuhkan kredibiliti Pas sempena PRK Semenyih.

13. Bukankah telah saya ingatkan dalam hantaran di capaian 

https://www.facebook.com/524968843/posts/10157082119123844?sfns=mo

dalam perenggan 17 dan 18 :

“17. Pas menjadi sasaran utama PH berbanding BN.

“18. “If you want to bring down a castle, strike the pillars” - Pas yang menjadi tiang seri kepada calon BN kini diserang dengan begitu dahsyat sekali.”

14. Jadi, jangan hairan dengan bermacam kenyataan dilempar oleh pimpinan PH terhadap Hadi Awang dan Pas.

15. Sebab itu seorang pemimpin berpengalaman seperti Hishammuddin Hussein Onn dengan mudah menepis soalan wartawan (sewaktu kunjungan beliau ke PDM Kantan Permai), bahawa kenyataan Tun M itu suatu propaganda biasa untuk wujudkan polemik politik, seterusnya mengalihkan isu kelemahan kerajaan PH di samping mengambil kesempatan atas PRK Semenyih yang sedang berlangsung.

16. Sebenarnya, kerjasama BN/UMNO-Pas dalam konteks PRK Semenyih tidak perlu dipertikai.

17. Saya setuju dengan Hadi Awang bahawa PRK Semenyih berbeza dari Cameron Highlands.

18. Bahkan, dalam hantaran saya terdahulu, berkali-kali saya nyatakan bahawa PRK Semenyih jauh berbeza dari PRK-PRK sebelum ini.

19. Saya bersetuju, di Cameron Higlands calon BN/UMNO mewakili kumpulan Melayu menentang PH/Dap. 

20. Manakala di Semenyih ia pertentangan antara Melayu PH/PPBM menentang Melayu BN/UMNO.

21. Tetapi perlu ingat, sewaktu PRK Seri Setia ia juga pertentangan antara calon Melayu PH/PKR dengan Melayu Pas. 

22. Soalannya, siapakah yang menjadi rakan sekutu Pas dalam kempen PRK Seri Setia itu?

23. Adakah PPBM? Amanah? Warisan? Sudah pasti tidak. 

24. Kerana PPBM, Amanah dan Warisan, adalah rakan sekutu PKR serta Dap dalam PH, yang telah pun membentuk kerajaan bersama baik di peringkat negeri mahupun Persekutuan.

25. Yang menjadi rakan sekutu Pas dalam PRK Seri Setia hanyalah BN/UMNO.

26. Seperti kata Hadi Awang, kerjasama Pas dengan BN/UMNO adalah sebagai blok pembangkang, sama ada di peringkat negeri mahu pun Persekutuan.

27. Jadi, kenapa hairan apabila jentera Pas negeri Selangor masih terus bekerja membantu calon BN di Semenyih? 

28. Jika ditakdirkan berlaku lagi PRK pada masa hadapan di mana ketetapan  untuk meletakkan calon Pas mewakili blok pembangkang - sudah pasti BN/UMNO akan membantu calon Pas sebagaimana kini mereka membantu calon BN. 

29. Seperti awalan tulisan ini, semua pihak akan duduk sebagai kawan jika kepentingan mereka sama. 

30. Dan mereka akan berlawan semula jika kepentingan itu jadi berbeza.

31. Tetapi tolonglah jangan nafikan fakta yang telah saya bentangkan di hantaran capaian berikut 

https://www.facebook.com/524968843/posts/10157091261803844?sfns=mo

dalam perenggan 27 dan 28 :

“28. Rakyat tidak suka kerajaan yang melebihkan politiking - demi mengekalkan kuasa, seperti yang berlaku dalam hal ehwal dalaman koalisi PH.

“27. Sebab itu, Tok Mat Hasan realistik - kemenangan ini (jika berlaku), bakal dijadikan satu referendum rintihan rakyat yang muak dengan kerajaan PH negeri mahupun Persekutuan.”

31. Kepada jentera koalisi pembangkang, BN dan Pas, ada baiknya terus FOKUS pada kempen PRK N24 Semenyih ini membawa agenda suara RAKYAT! 

32. Baiklah, sudah jelas sekarang bahawa 'kawanan' parti-parti PH kini mula berlawan sesama mereka. Tak pelikkan?

33. Ada baiknya kita tinggalkan sahaja ‘Machiavellian’ itu menyusun atur pertahanan diri, dalam kemelut politik dalaman PH hingga menimbulkan rasa meluat rakyat terhadap situasi politik negara.

Malu apa bossku?

Wallahua’lam bissawab.

#prksemenyih #n24 #zakaria4semenyih #penyatuanummah
http://thekl-chronicle.blogspot.com/2019/02/politik-pelik-pakatan-harapan.html

Sabar sikit hari lagi... Terbongkar Habis Lah..




1 comment:

Anonymous said...

Macai dap akan kata Islam jahat. Orang Islam pun mereka kata jahat. Yang baik ialah orang yang menentang Islam , macam macai dap. Macai tu kebanyakkannya islam dan melayu, tp sebab wala'dengan guan eng dan kit siang, mereka jadi sangat baik.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails