Saturday, February 23, 2019

Jenayah Seksual Kanak2, Lagi Didik Seks Di Sekolah. Seks Islam?

Jangan abai pendidikan seks di sekolah - Teo Nie Ching
Teo Nie Ching disambut oleh murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Subramaniya Barathee, Gelugor semasa melawat tapak projek pembinaan bangunan tambahan sekolah berkenaan, 22 Feb, 2019. --fotoBERNAMA

Jangan abai pendidikan seks di sekolah - Teo Nie Ching
GEORGE TOWN: Guru-guru diminta tidak mengabaikan pendidikan seks di sekolah dalam usaha menangani jenayah seksual dalam kalangan kanak-kanak.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, buat masa ini pendidikan seks diajar di peringkat prasekolah hingga sekolah menengah di bawah sukatan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK).

Katanya, elemen pendidikan seks di dalam mata pelajaran PJPK adalah penting untuk mengajar kanak-kanak tentang keselamatan diri terutamanya apabila berhadapan dengan gangguan seksual.

"Saya harap guru-guru tidak memandang subjek itu sebagai sesuatu yang remeh dan menggantikannya dengan mata pelajaran lain. Tolong jangan buat begitu," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata ia tidak dilabelkan sebagai pendidikan seks berikutan konotasi negatif istilah itu, justeru dimasukkan ke dalam mata pelajaran PJPK.

Justeru bermula di peringkat prasekolah, kanak-kanak perlu diajar cara untuk membezakan antara sentuhan yang selamat atau tidak, bagi melindungi mereka daripada menjadi mangsa seksual.

"Saya membaca artikel yang mengatakan Malaysia 'hotspot' untuk jenayah seksual terutamanya terhadap kanak-kanak.

"Jadi, kita mesti ajar anak-anak kita. Kita perlu mencari cara atau idea (untuk ajar) tentang sentuhan selamat atau tidak selamat, sentuhan selesa atau tidak selesa.

"Ia belum terlambat. Jika (gangguan seksual) berlaku kepada mereka, mereka tahu bagaimana untuk membezakannya," kata Nie Ching selepas mengadakan lawatan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Subramaniye Barathee di Gelugor, Pulau Pinang pada Jumaat.

Beliau berkata, pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membincangkan sukatan mata pelajaran tersebut.

Tambahnya, kurikulum PJPK sekarang akan turut dikaji semula dan dikemaskini agar sesuai dengan keadaan semasa. (AA)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bagaimana seks cara Islam di blog ini? Lihat dalam artikel-artikel terdahulu dan seterusnya.

10 comments:

Anonymous said...

Cepat2 la mahkamah, sprm dan pdrm putuskan PAS & UMNO guna dana curi 1MDB dlm PRU14 lalu woi! lembab woi, lembab lembam mcm budak sekolah bongok!

PENYAMUN2 UMMAH pasumnobn boleh siap2 kosongkan Parlimen dan DUN ok!

MAMPOSPASUMNO MAMPOSLAH!

Anonymous said...

Apo nih tun Mahadir, SPR dah org baru pon lembap juga, hantar je bukti2 dokumen tu ke mahkamah, panggil si buttoh busok & si ulamak munafiq ke perbicaraan, kes2 lain kemudian, pelaporan polis dah melambak lambak orang kampong buat! kang aku kempen pangkah UMNO BN PAS semulo kang merano badan PH sumuo .........baru padan muko ekau...........

Anonymous said...

Hancing2 dah kepanasan nampaknya. Gagasan baru bakal wujud insha'Allah

PENYATUAN UMMAH
KERAJAAN BUMIPUTRA
RAJA DAN TANAH MELAYU

Anonymous said...

Dr Mahathir ialah ahli politik bijak kerana pengalamannya hampir 70 tahun membolehkannya merancang strategi untuk berdepan kawan mahupun lawan. Mungkin desas-desus pembelotan dalam kalangan menteri hanya khabar angin yang sengaja direka pembangkang untuk melemahkan kerajaan PH. Tidak kira benar atau tidak, parti komponen PH perlu bijak menghadapi situasi ini. Jika tidak, 3 PUAKA ini akan terus merajalela:-

PENYAMUN UMMAH BERJEMAAH
KERA KERA KLEPTOKERASI
RAJA PEMBOHONG & PENIPU MELAYU

Anonymous said...

Betul apabila 3 puaka diatas berjaya dihapuskan, maka 3 pembelaan umat Islam bakal berlaku melalui:

PENYATUAN UMMAH
KERAJAAN BUMIPUTRA
RAJA DAN TANAH MELAYU

Insha'Allah...

Anonymous said...

TQ non 946. Untuk capai itu, Non 946, seluruh Melayu Islam Malaysia mesti, WAJIB sokong dan bantu PM Melayu ISLAM Mahathir bin Mohamad, TIDAK BOLEH TIDAK. Tanpa sebarang alasan, umat Melayu yg mengaku ISLAM, mesti, WAJIB DUKUNG SOKONG DAN BANTU KETUA KERAJAAN MELAYU ISLAM MALAYSIA ``SEKARANG`` bernama Tun Dr Mahathir bin Mohamad terlebih dahulu melalui 3 tindakan berikut:-

SOKONG & BANTU PAKATAN HARAPAN (PH)
TINGGALKAN PENYAMUN2 UMNO PORNO
SAY BYE BYE TO MUNAFIQUN PAS hamPAS

InasyaALLAH MALAYSIA GAGAH...........AMIN

Anonymous said...

PENYATUAN UMMAH
KERAJAAN BUMIPUTRA
RAJA DAN TANAH MELAYU


Memang ngok....kita dok perjuangkan Kerajaan Islam....yg ni nak Kerajaan Bumiputra

Anonymous said...

Non1043 Ko takyah la nak sebut tentang Kerajaan Islam dulu. Yang dapig ni pun ko puja tak habis nak cerita pasal Islam.

First Melayu & Bumiputra bentuk kerajaan, itu asas. Lepas tu dengan majoriti Melayu Islam dalam parlimen barulah mudah dibentuk sistem pentadbiran bersyariat Islam. Ada faham ngek?

Anonymous said...

Mahkamah bawah ph pun slow. Janji 100 hari pun kena kencing. Tangkap jer pemberi 1mdb dan penerima 1mdb. Tapi tak tangkap pun. Maknanya takde uruspindah duit. Memang kaki penipu puak ph.

Anonymous said...

Menteri2 ph ni pendidikan pun separuh jalan. Tapi bab fitnah no wahid. Agama pun sekadar liberal. Bab kencing merata, terbaik. Busuk sampai ke angkasa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails