Wednesday, February 20, 2019

Kalau Berlaku Undi Tak Percaya Tun M, Ini Terjadi. -Roslan SMS


Kesan undi tidak percaya, siapa untung?
KEDUDUKAN Kerajaan Persekutuan hari ini adalah seperti berikut (daripada 222 bilangan kerusi Dewan Rakyat):
PH-134
PKR- 50
DAP- 42
PPBM- 22
PAN- 11
WARISAN- 9

Kiranya Tun dikenakan undi tidak percaya dan disokong suara teramai ahli-ahli Dewan Rakyat, maka Tun terpaksa melepaskan jawatannya.

Namun jika ahli partinya, PPBM menolak, dan bertindak keluar PH maka kerajaan PH akan hilang 22 kerusi dan dengan itu memerintah cuma dengan kelebihan 1 kerusi iaitu 112.
Bolehkah PH kekal bertahan?
Apa kata Tun pula bikin "move" dengan bertindak keluar PH dan bergabung pula dengan parti-parti pembangkang termasuk PAS dan Umno.
Warisan pula bertindak ikut Tun dan demikian juga Dato’ Seri Azmin Ali dan bloknya dari PKR.
Tidak mustahil yang di bangku kerajaan terpaksa beralih ke pembangkang dan yang di pembangkang naik menjadi kerajaan.
Inilah desas-desus yang hangat diperkatakan hari ini.
Benarkah PKR blok Anwar dan DAP milik Guan Eng benar-benar mahu membawa undi tidak percaya terhadap Tun? – HARAKAHDAILY 20/2/2019

1 comment:

Anonymous said...

Semoga tun jangan lepaskan jawatan hingga satu penggal. Atau at least 3 tahun. Lepas tu serahkan jawatan pada azmin.

Then menghadapi pru15 kita tak risau dah dengan gerakan Penyatuan Ummah sebab azmin akan support gerakan itu.

Kepada tun, pertahankanlah jawatan pm selama mungkin yang boleh. Maaf tun, kami tak nampak yang tersirat sebelum ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails