Friday, February 22, 2019

Korek Lagi..Konon Bukti Baru, Umno Biaya P'raya PAS.

Sarawak Report dedah bukti baru Umno biaya kempen pilihan raya PAS 
FMT Reporters
PETALING JAYA: Sarawak Report hari ini menyiarkan apa yang didakwa bukti baru yang menunjukkan PAS menerima dana daripada Umno, 3 minggu sebelum Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi keterangan di mahkamah London bahawa partinya tidak bekerjasama dengan Umno.

Laman web pemberi maklumat itu menunjukkan paparan skrin pemindahan wang sebanyak RM2.5 juta daripada bekas pembantu menteri ke akaun PAS menerusi Bank Islam pada 21 Mac tahun lalu.

Dakwaan ini bercanggah dengan kenyataan Hadi, yang memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kehakiman di London pada 12 April bahawa partinya tidak bergabung dengan Umno, dari segi politik atau lain-lain.

Hadi memfailkan saman fitnah terhadap Sarawak Report berhubung laporan yang diterbitkan pada Ogos 2017 yang menyatakan pemimpin kanan PAS menerima RM90 juta daripada bekas presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

Kedua pihak bersetuju menyelesaikan kes tersebut di luar mahkamah awal bulan ini. Sarawak Report berkata Hadi mengesahkan PAS menerima RM2.5 juta itu sebelum kenyataan mahkamahnya tetapi menafikan wang itu daripada Umno.

Laman web itu juga mendakwa RM1 juta lagi diberi oleh Umno kepada PAS dalam masa yang sama. FMT sedang berusaha mendapatkan respon daripada menteri berkaitan mengenai laporan ini.

7 comments:

Anonymous said...

Alunan merdu mengiringi peraduan antum sekelian, moga bermanfaat demi penyatuan ummah rahmatan `alaamin.........amin............

https://www.youtube.com/watch?v=sblZQyaTsM0

selamat melayari

Anonymous said...

ALLAH dah buka aib bukan Sarawak Report bukan PH bukan tun M ALLAH yang dah tunjuk yg hairan binti ajaib pengikut dan ahli2 wala buta tuli.....TU YANG HERAN

Anonymous said...

Rba tngah seronok biarkan komen mereka sebab tngh seronok hentam pas. Kami tetap berjuang bersama pas biar mereka buat kerja mereka. Demi agama islam kami tetap berjuang bersama pas

Anonymous said...

PERHATIAN:
Kalau kepada pengomen-pengomen 'kacang merah' anti Islam, kita tak layan. Kerana,

1.tiada hujah atau hujah bodoh
2.memperkata soal Islam dalam suasana tak faham Islam.
3.menghina Islam dari penulis upahan yang ditugaskan untuk menyerang Islam (Red Army) samada dari yang mengaku Islam atau bukan Islam.
4.penulisan penuh emosiaonal tiada fakta.
5.lucah, mencarut dan biadab.

-Dari Editor

Anonymous said...

Fitnah kerrr?. Sarawak Report dapat bahan tu dari malaysia juga. Bukan dlm longkang di kota London. Kalau SR bagi tahu nama pemberi mklumat tu PAS nak saman tak???.. hehehe nk saman SR di london kn belanja besar.

Anonymous said...

Kalau dana daripada umno memang kita kena marah. Tapi kalau dana daripada yahudi takpa noooo problemo. Sebab apa yang dapiss buat semuanya betul kan dimata melayu liberal?

Anonymous said...

Berita dari org fasiq kena tapis. Berita dari org kafir berkali2 lah tapisnya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails