Maklum balas itu susulan tindakan YouTube mendedahkan apa yang dipanggil 'wormhole' yang membenarkan ulasan dan pautan kepada pornografi kanak-kanak disiarkan bersama-sama 'video yang tidak berbahaya'.

"Sebarang isi kandungan, termasuk ulasan, yang membahayakan kanak-kanak adalah menjijikkan dan kami mempunyai polisi jelas melarang perkara itu di YouTube.
"Kami mengambil tindakan serta-merta memadam akaun dan saluran, melaporkan aktiviti haram kepada pihak berkuasa dan menutup ruangan ulasan berjuta-juta video yang memasukkan golongan kanak-kanak bawah umur. Lebih banyak lagi yang perlu dilakukan," jelas jurucakap Google melalui e-mel kepada AFP.

Tindakan tersebut dilakukan selepas pencipta YouTube, Matt Watson mendedahkan fungsi 'wormhole' ke dalam rangkaian pedofilia yang membolehkan pengguna 'berjual beli' kandungan media sosial dan pautan pornografi kanak-kanak dalam ruangan ulasan di YouTube. - AFP