NIBONG TEBAL: Sekitar 600 penyokong serta ahli PAS dan Umno telah bersama memberikan isyarat amaran terhadap kebiadaban pemilik akaun facebook Foo Sing Wai yang menghina Rasulullah S.A.W dan isteri Baginda, Aisyah R.A.
Mereka mengiringi Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Nibong Tebal, Ustaz Usman Jaafar dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Nibong Tebal membuat laporan polis di Balai Polis Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan, jam 9:40 malam tadi.
Ustaz Usman ketika berucap mewakili solidariti itu menegaskan bahawa individu yang menghina Nabi Muhammad S.A.W dan Saidatina Aisyah telah memecahkan keharmonian antara kaum yang dibina selama lebih 60 tahun.
Bidas beliau, ianya satu perbuatan tidak bermaruah dan meminta tangkapan segera dilakukan oleh pihak Polis terhadap individu tersebut untuk diadili di mahkamah serta mengesyorkan agar dilucutkan kewarganegaraannya.
Mohd Norhiesam pula menggesa supaya tangkapan yang telah dilakukan oleh Polis tidak menjadi gimik untuk menutup kemarahan umat Islam, tetapi mesti disusuli hukuman berat daripada mahkamah.
Hadir sama dalam himpunan bantahan itu adalah Ketua Pemuda PAS Nibong Tebal, Ustaz Zulazhar Mohamad dan Pengerusi Belia 4B Nibong Tebal, Rokiman Shah. - HARAKAHDAILY 20/2/2019
Jom, Pertahankan Islam!!
5 comments:
Jom! Jangan jadi seperti melayu2 liberal munafik. Mereka diam saja bila dapiss harbi menghina Rasulullah dan Islam.
PENYATUAN UMMAH
KERAJAAN BUMIPUTRA
RAJA DAN TANAH MELAYU
Ok, saya sokong jangan hanya berita tangkap, mari kita ikuti apa kah ada tindakan selanjutnya?PH jangan gula2kan kami. Kami akan ikuti perkembangannya!
Buat la satu di KL, ramai yang nak pi, nak turun tunjuk kesepaduan... Wajib kita semua merpertahankan junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW!
Harap peguam2 yang berjuang atas nama Allah dapat mengheret kafirun ini kemahkamah dengan segera! Kalau perlu dana lancarkan tabung, insyaAllah kami PAS UMNO NGO2 Melayu Islam akan bantu...
Kalau dilihat perkembangan terkini, nampak macam kaum Cina seperti dah tak suka kepada ph. Entah betul atau tidak tak pasti. Yang pasti kita semua terkena bau hancing yang sama.
Cuma saya berharap agar kaum Cina sedarlah. Kedamaian kita di Malaysia terlalu mahal nilainya. Jangan terikut dengan modenisasi barat yang menyerang kita. Kesannya amat teruk. Lihat sahaja apa jadi dengan melayu liberal hasil ternakan barat. Dapiss itulah ejennya dengan menghalalkan hiburan tanpa had sempadan. Ejen yang merosakkan adab budaya traditional kita pelbagai bangsa. Ejen yang cuba merosakkan Islam di Malaysia. Kalau Melayu itu tidak Islam, mereka barbaric dan Cina memang tidak akan mendapat tempat di sini. Islam yang melembutkan hati mereka untuk bertoleransi.
Semoga 5% kaum Cina yang tidak terpengaruh dengan racist dapat dipertingkatkan peratusannya. aminnnn...Wallahualam
Post a Comment