(1) Sa-saorang lelaki Islam yang di-dapati berkediaman dan bersekedudokan yang mendatangkan shak dengan sa-saorang perempuan sa-lain daripada perempuan yang muhrim mengikut Hukum Shara' dengan sebab perhubongan darah, persaudaraan atau peliharaan akan melakukan kesalahan kerana berkhalwat dan akan bersalah kapada kesalahan yang boleh di-hukum penjara sa-lama tidak lebeh daripada tiga bulan atau denda tiada lebeh daripada tiga ratus ringgit, atau, pada kesalahan kali yang kedua atau kesalahan yang berikut-nya dengan penjara sa-lama tiada lebeh daripada enam bulan atau penjara tiada lebeh daripada lima ratus ringgit atau kedua2 sa-kali penjara dan denda.

(2) Sa-saorang perempuan Islam yang bershubahat diatas kesalahan di-dalam pechahan (1) dalam fasal ini bolehlah di-hukum penjara tiada lebeh daripada tiga bulan atau denda tiada lebeh daripada tiga ratus ringgit atau, jika dIdapati kesalahan yang kedua at au kesalahan yang sa-rupa kemudian daripada itu, dengan penjara tiada lebeh daripada enam bulan at au denda tiada lebeh daripada lima ratus ringgit atau kedua2-nya penjara dan denda.

(3) Sa-saorang perempuan Islam yang di-jumpai berkediaman dan bersekedudokan yang mendatangkan shak dengan mana2 lelaki yang bukan berugama Islam boleh-lah di-hukum sa-olah2 ia membuat kesalahan di-dalam pechahan (2) dalam fasal ini.

(4) Sa-siapa orang lelaki Islam yang bersekedudokan sabagai suami isteri dengan mana2 perempuan yang tiada harus nikah dengan-nya mengikut Hukum Shara' at au didapati berkediaman dan bersekedudokan yang mendatangkan shak dengan perempuan itu ada-lah melakukan kesalahan berkhalwat, dan apabila thabit kesalahan-nya maka boleh-lah di-hukum dengan hukuman yang sarna jalan-nya saperti yang tersebut dalam pechahan (1) dalam fasal ini.

(5) Mana2 perempuan yang di-dapati bershubahat melakukan kesalahan yang tersebut dalam pechahan (4) dalam fasal ini boleh-Iah di-hukum dengan hukuman yang ditentukan di-bawah pechahan (1) dalam fasal ini.

(6) Mahkamah boleh memerentahkan bahawa sa-saorang perempuan yang telah di-dapati salah kapada satu kesalahan
menurut fasal ini hendak-lah di-hantarkan kasabuah rumah yang di-luluskan oleh Majlis bagi tempoh yang tiada lebeh daripada enam bulan sa-bagaimana yang di-fikirkan patut oleh Mahkamah itu.

Sekian.