Thursday, December 13, 2018

Tak Wajar Keluarkan Duit TH Simpan Di Bank Lain - Abdul Hadi


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Program Bicara Minda di Dewan Karangkraf, Seksyen 15. - Foto Roslin Mat Tahir 


SHAH ALAM: Tindakan pendeposit Tabung Haji (TH) mengeluarkan simpanan mereka dan menyimpan di bank lain dianggap tidak wajar susulan dakwaan pemberian hibah kepada pendepositnya sejak 2014 bercanggah Akta Lembaga Tabung Haji 1995.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata ketika ini tindakan paling utama yang perlu dilakukan adalah memperbaiki TH.
“Jangan disebabkan seekor nyamuk, kita bakar kelambu. TH ini menariknya adalah hasil buah fikiran seseorang yang kita kena hargai.
“Kalau ia silap, kita perbetulkan. Itu tanggungjawab kita,” katanya ketika ditemui pada Majlis Bicara Minda anjuran Karangkraf, di sini hari ini.
Abdul Hadi berkata, sudah tiba masa untuk kerajaan memperkenalkan kewangan Islam yang lebih tertumpu kepada kebajikan jemaah haji dan tidak hanya tertumpu pada aspek ekonomi saja.
Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, dilaporkan berkata Lembaga Tabung Haji (TH) akan diletakkan bawah kawal selia Bank Negara Malaysia (BNM) bermula Januari tahun depan bagi menambah baik tadbir urus organisasi berkenaan.
Katanya, langkah berkenaan adalah sebahagian daripada pelan pemulihan secara menyeluruh bagi memulihkan penyata kira-kira TH yang merekodkan defisit RM4.1 bilion pada 31 Disember 2017.
Ia susulan dakwaan pemberian hibah kepada pendeposit TH sejak 2014 bercanggah dengan Akta Lembaga Tabung Haji 1995 sehingga menyebabkan agensi itu mengalami defisit RM4.1 bilion. (BH)

2 comments:

Abu Nawas said...

Sokong kenyataan Tuan Guru Haji Abdul Hadi ibnu Awang. Bank Islam pun dibawah Bank Negara. Bank Negara di bawah Menteri Kewangan. Maka jangan lakukan tindakan bodoh kalaupun kurang cerdik. Jangan tunjuk sangat..Simpan sikit untuk hari mendatang. Betul tak Tuan Ibnu Hasyim? Buat malu jemaah je...

I said...

TH perlu kepada tadbir urus yang lebaih baik terutama dalam keadaan liabiliti melebihi keuntungan. Rm1.4b bukan satu jumlah yang sedikit dan terpaksa diurus oleh pentadbir yang baru. Saranan TGHH bukanlah sesuatu yang buruk malahan dapat menyelamatkan satu badan yang menguruskan ibadat rukun ke 5.TH menjadi contoh kepada pengurusan kewangan Islam kepada negara2 lain hingga diselewengkan oleh pengurusan sebelum ini. Diharap TH lebih berhati2 dalam mengendalikan deposit orang ramai...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails