Thursday, December 13, 2018

Lakukan Najis Zina Sebat 100 Kali Di Depan Umum.. Al-hamdulillah, No Problem!

Padah seks dengan gadis bawah umur Selain hukuman sebatan, mereka juga masing-masing dihukum penjara lima tahun.

LHOKSEUMAWE - INDONESIA. Dua lelaki di wilayah Aceh yang melakukan hubungan seks dengan gadis bawah umur menerima padah apabila masing-masing dihukum sebat 100 kali di hadapan umum, hari ini.
Salah seorang daripada mereka didakwa mengadakan hubungan intim dengan anak perempuan tirinya manakala lelaki kedua dilaporkan mempunyai hubungan dengan jirannya yang masih bawah umur.
Selain berdepan hukuman sebatan, mereka juga masing-masing dihukum penjara lima tahun.
Salah seorang lelaki terbabit yang tidak dapat menahan kesakitan bertindak mengangkat tangannya merayu supaya menghentikan hukuman itu selepas dia disebat sebanyak lima kali.
Hukuman itu bagaimanapun disambung semula selepas doktor yang turut berada di lokasi terbabit mengesahkan dia masih 'mampu' untuk menerima baki 95 sebatan.

"Kami hanya akan menangguhkan hukuman itu jika doktor memaklumkan ia memberi ancaman serius kepada kesihatan," kata pendakwa raya tempatan, Isnawati.

Awal tahun lalu, Aceh yang menjadi wilayah tunggal di Indonesia melaksanakan undang-undang Islam memaklumkan hukuman sebat akan dilakukan di belakang tembok penjara (tidak di depan orang ramai, tapi itu hanya kata pemimpin yang tidak faham -IH), namun ia masih diteruskan di khalayak umum. - AFP
Salah seorang pesalah yang menjalani hukuman sebat.


Seorang doktor merawat luka kesan sebatan salah seorang pesalah seks tersebut, sebat diteruskan kerana tiada apa-apa yang merbahaya.


Tetapi sebat di bawah ini yang mendera dan menyiksa.
Hasil carian imej untuk sebat dipenjara malaysia
Hasil carian imej untuk sebat dipenjara malaysia

Komen Weblog Ibnu Hasyim: No Problem, al-hamdulillah! Bahagia di dunia, bahagia di akhirat dan diredhai Allah SWT.

Hasil carian imej untuk sebat di aceh

Video sebat di Aceh.

Inilah sebat yang mendidik pesalah dan orang ramai.

Menurut Dr Zakir Naik, seorang pendakwah dari India di Malaysia..
Hudud paling praktikal cegah jenayah – Zakir Naik
NILAI: Hudud adalah undang-undang pencegahan jenayah yang paling praktikal di muka bumi ini, kata pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik.
Dr Zakir berkata, Arab Saudi yang melaksanakan hukum hudud terbukti lebih berjaya menangani jenayah berbanding Amerika Syarikat (AS) yang tidak melaksanakan undang-undang sedemikian.
Katanya, perkara itu dibuktikan menerusi statistik yang dikeluarkan pihak berkuasa AS sendiri, yang mana menunjukkan kadar rogol dan jenayah di negara kuasa besar itu adalah tertinggi di dunia.

“3,000 jenayah direkodkan berlaku setiap saat di AS ketika ini. Bayangkan jika sistem zakat dibuat dan disusuli undang-undang Islam (hudud) di AS. Adakah ia akan menambah atau mengurangkan jenayah?

“Sudah tentu ia mengurangkan jenayah. Undang-undang syariah adalah undang-undang paling praktikal untuk dilaksanakan di mana-mana tempat di muka bumi ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramahnya di Kolej Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, hari ini. Ceramah itu dihadiri Naib Canselor USIM, Prof Datuk Dr Musa Ahmad dan kira-kira 1,000 pelajar dan kakitangan universiti itu.


Agenda pelaksanaan hukum hudud sering dibangkit di negara ini dan menjadi wadah utama perjuangan PAS bagi memperoleh mandat daripada pengundi. Terbaru, PAS cuba untuk meminda Akta Mahkamah Syariah 1965, bagi membolehkan hudud boleh dilaksanakan di Kelantan.

Agenda hudud menjadi punca kepada perbezaan pendapat antara PAS dan DAP sehingga menyebabkan Pakatan R
akyat berkubur tahun lalu. (FMT April 20, 2016)


Jadi, sistem perundangan Islam Hudud adalah solusi terbaik kepada ketamadunan dunia. Di alam Melayu Brunai Darussaam sudah melaksanakan sistem perundangan Islam. Di Malaysia, wallahu 'aklam...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails