Washington Post melaporkan, dalam penerbangan dari Las Vegas ke Detroit itu, Prabhu Ramamoorthy, 34, dikatakan duduk di antara mangsa dan isterinya.
Bagaimanapun mangsa dikatakan tertidur sebaik menaiki pesawat berkenaan. Apabila terjaga daripada tidur, dia mendapati butang baju dan seluarnya terbuka sementara tangan lelaki itu menyentuh bahagian sulit wanita itu.
Dalam rayuannya, Prabu yang tinggal di Amerika Syarikat menggunakan visa sementara itu berkata, kejadian itu berlaku di luar pengetahuan kerana dia juga tertidur sebaik menaiki pesawat itu.
Itulah AS, pujaan balaci-blacinya.