Saturday, December 15, 2018

PH Tutup Klinik 1Malaysia Pula...Kerana RM18




KUALA LUMPUR – Baru-baru ini laporan memetik bahawa kerajaan Pakatan Harapan akan menutup 34 Klinik 1 Malaysia di seluruh negara, sebagai permulaan sebelum menutup kesemuanya.
Keputusan kerajaan ini yang mendakwa berlakunya masalah kos tidak efektif apabila dikeluarkan RM119 juta setiap tahun untuk perbelanjaan perubatan.
Ini bermakna kos perubatan seorang pesakit adalah RM18 untuk sehari.
Namun bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan tindakan ini sebagai mengabaikan rakyat kerana sanggup menutup klinik yang memberikan manfaat kepada rakyat hanya kerana kos purata berbelas ringgit itu setiap hari.
“Hanya kerana kerajaan tanggung RM18 kamu nak tutup klinik?
“Saya dipersalahkan kerana dulu saya beri RM18 untuk setiap pesakit yang memerlukan rawatan.
“Saya dipersalahkan kerana membantu orang susah.
“Saya dipersalahkan kerana memberi subsidi kesihatan kepada rakyat,” katanya menerusi hantaran Facebook.
Tambah Najib jika dipersalahka kerana menubuhkan Klikik 1Malaysia demi rakyat, beliau rela tetapi tidak untuk mengabaikan rakyat yang kurang berkemampuan namun berhak dibantu mendapat rawatan.
“Kalau inilah yang saya perlu tanggung hari ini, saya hanya boleh terima, saya redha.
“Tapi jangan abaikan orang susah. Jangan abaikan keperluan rakyat,” tambahnya.
Untuk rekod, Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye berkata dalam sesi soal jawab lisan dalam sidang Dewan Negara 13 Disember yang lalu berkata statistik tahun 2017 menunjukkan terdapat sebanyak 347 Klinik 1Malaysia di seluruh negara mencatat kedatangan pesakit 6.59 juta orang.
Kata beliau, kos operasi untuk kesemua klinik berkenaan adalah sebanyak RM119 juta iaitu dalam anggaran purata RM18 bagi setiap pesakit.
Justeru buat permulaan untuk langkah penjimatan, 34 buah Klinik 1Malaysia akan ditutup. -SuaraTv

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails