Thursday, December 13, 2018

Proton X70: Patut RM70-90K, Dapat Ke PH Jadi Atas 99K..


SEHARI selepas Proton X70 menjengah pasaran, bekas Perdana Menteri Najib Razak menyifatkan harganya sebagai mahal dan berharap ia akan diturunkan.

"Ramai yang berminat dengan reka bentuk X70 yang cantik dan kelengkapannya yang canggih tetapi kecewa dengan harga yang agak tinggi," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Kenderaan Pelbagai Guna (SUV) pertama Proton itu mempunyai empat varian dengan harga bermula RM99,800 hingga RM123,800.

"Saya harap kerajaan dan Proton boleh menimbang untuk menurunkan harga model asas yang berhaga RM99,800 sebanyak RM10,000 atau RM15,000, agar lebih ramai rakyat mampu memilikinya," katanya lagi.

Najib ketika majlis menandatangani kerjasama dengan Geely pada 2017.


Menurutnya, harga itu memang patut diturunkan memandangkan kerajaan telah memberi pinjaman mudah dan peruntukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) kepada Proton ketika pengumuman kerjasama syarikat itu dengan syarikat China, Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd.

"Pada masa itu saya diberitahu harga kereta ini di China bermula daripada RM63,000 dan harga di Malaysia dijangka antara 10 hingga 20 peratus lebih mahal berikutan faktor cukai dan kelengkapan yang berbeza.

"Mereka memberi gambaran dalam taklimat kepada saya bahawa harga jualan Proton X70 dijangka antara RM70,000 ke RM90,000," katany lagi.

Proton X70 yang diumumkan pada akhir tahun lalu akhirnya dilancarkan semalam. Ia dilancarkanPerdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Darell Leiking dan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Dr Li Chunrong.

MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

4 comments:

Abu Nawas said...

Kalau kita menuruti sunnah, iaitu menaiki Unta, tentu kita tidak akan terkesan dengan harga S70 yg tinggi. Betul tak Ibnu?

Anonymous said...

Apa tujuan ko nak kaitkan dengan sunnah ni? Nak marah pasal kereta cerita je la pasal kereta.

JohnRMay said...

Beritahu anda kebenaran tentang proton x70 fuel consumption !

Anonymous said...

Thank you for the great post! I love your articles! I'm a car fanatic and coffee lover. I am used to using coffee capsule, I make my own k cup with a k cup filling sealing machine. But I am finding new ways to enjoy coffee recently.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails