Saturday, December 15, 2018

Roti High-5, Boikot Umat Islam? Gerakkan Harimau Sedang Tidur..


PENGGUNA
Baru perasaan Roti High-5 sudah tiada, itu hebatnya boikot Umat Islam
Semalam nak beli roti, baru perasan roti berjenama High-5 tiada di dalam rak. Rupanya kilangnya dah tutup.
Bila 'search' terjumpa berita Jun 2016, 

"Bekas pekerja syarikat yang mengeluarkan roti berjenama High-5 mempersoalkan bagaimana pembuat roti yang merupakan antara terbesar di negara ini boleh muflis."
“Takkanlah syarikat ini tidak ada untung, kalau syarikat kilang roti lain pun boleh jual roti, apatah lagi High Five,” katanya kepada pemberita di luar lobi Jabatan Tenaga Kerja hari ini. 

Beliau dan kira-kira 59 bekas pekerja hadir membuat aduan menuntut pampasan berhubung pemberhentian mengejut 24 jam oleh High-5 Consolidated Bhd, dan pemberian setengah bulan gaji olehnya. 

High-5 Consolidated Bhd pernah menjadi sebahagian Silverbird Group Berhad.

Masih ingat lagi apabila kilang roti yang kotor dan pemiliknya bukan Islam terlalu ego untuk meminta maaf kepada umat Islam atas apa yang berlaku pada 2009.




Kempen boikot yang kita rasa macam kecil tapi 5 tahun aje mereka boleh bertahan dan terus kilang yang besar boleh tutup kerana mengalami kerugian. Saya masih ingat lagi selepas itu saya tak pernah sentuh roti high five termasuk Silverbird.

Suara Umat Islam sangat kuat jika kita bersatu. Untuk itu Melayu Islam jangan leka untuk bersatu memastikan kerajaan PH yang menipu rakyat untuk tidak kekal lama. Jika PH masih berkuasa, kuasa orang Melayu Islam akan hilang sedikit demi sedikit.

MR :  PH pakatan Hancing yang mesti dijatuhkan 

MINDARAKYAT

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Memang umat Islam kuat. Tetapi sekarang di Malaysia, adakah kuatnya seperti harimau yang sedang tidur? Siapa sekarang yang mampu menarik ekornya supaya bangun melompat menerkam mangsa?

1 comment:

Unknown said...

Bukan sbb boikot tn . Tapi sbb pengurusan tertinggi pecah amanah makan duit 😆

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails