Saturday, June 02, 2018

Harapan Rakyat Kini Makin Pudar Terhadap Kerajaan PH


SELEPAS dua minggu Malaysia ditadbir oleh Pakatan Harapan (PH), tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa masih tidak ada satu langkah dilaksanakan kerajaan baharu yang dapat dirasai oleh rakyat.

Sepuluh janji utama yang konon akan dilaksanakan dalam masa 100 hari itupun menurut dalih kerajaan PH akan mengambil masa lama pula. Hari ini sudah 13 hari, ada lagi baki 87 hari untuk kerajaan PH tunai janji mereka.

Bagi penjawat awam, ada satu berita gembira pada mulanya akan dinikmati pada 1 Julai iaitu satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) seperti diumumkan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 4 April lepas. 

Malangnya sekarang ini, berita baik itu pun sudah jadi samar-samar kerana ia sudah diumumkan hanya akan dapat ditentukan semula oleh pentadbiran baharu yang tentunya tidak terikat langsung dengan kerajaan terdahulu.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dipetik media berkata pengumuman yang dibuat oleh Najib itu kali ini terpulang pula kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk meneruskan isu tersebut. 

“KGT itu sebenarnya adalah janji (kerajaan) dahulu, sekarang kita serah kepada kerajaan baharu untuk tentukan. Kita perlu ikut manifesto dibuat kerajaan sekarang ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu,” kata beliau.

Maka jelaslah kini semakin pudarlah harapan rakyat terutama 1.6 juta penjawat awam untuk dapat merasakan khabar gembira yang langsung untuk rakyat selepas PH diundi untuk memerintah Malaysia selama lima tahun ini.

Hakikatnya tempoh masa untuk rakyat merasa buah tangan PRU lepas semakin panjang. Silap hari bulan, bak kata Mahathir sendiri ketika diwawancara akhbar The Straits Times Singapura, mereka tidak mampu penuhi semua janji.

Cukai barang dan perkhidmatan (GST) entah bila akan dimansuh sekali tetapi bakal diganti cukai lama 10 peratus, harga minyak entah bila turun jadi RM1.50, kenaikan kadar BR1M yang diumumkan Najib juga tidak ada khabar.

Yang benar-benar berlaku ialah, ramai kakitangan awam diberhentikan kerja yang datang dari pelantikan secara kontrak. Ada 17,000 pekerja kerajaan dalam kumpulan berkenaan akan melalui masa depan ketiadaan pekerjaan.

Ribuan pekerja ICU dibuang minggu lepas, ratusan pekerja JPM dipecat serta merta dalam satu taklimat minggu lepas dan 3,600 guru KAFA di Kelantan juga kena buang. Ini belum lagi kira pelbagai agensi akan dibubarkan!

Paling pelik ribuan kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) akan dipecat walhal Perdana Menteri tidak berhak membubarkan Jasa kerana ia ditubuhkan dengan titah Yang di-Pertuan Agong setahun selepas negara merdeka.

Ketika itu ia dinamakan Bahagian Hal Ehwal Khas (BHEK). Tujuan asal penubuhannya adalah untuk memelihara serta mempertahankan kestabilan politik, agama dan kerajaan yang memerintah daripada pihak anasir tertentu.

Pada akhir 1960, BHEK ditukarkan kepada Cawangan Hal Ehwal Khas (CHEK) dan masih lagi di bawah Jabatan Perkhidmatan Penerangan. Pada tahun 2000, mesyuarat Jemaah Menteri meluluskan penubuhan jabatan baru.

Agensi tersebut diletakkan terus di bawah Kementerian Penerangan Malaysia dengan menaikkan taraf CHEK sebagai Jabatan Hal Ehwal Khas (JHEK) yang kemudian ditukar namanya kepada Jasa mulai tahun 2004.

Justeru, jangan kerana nasihat DAP dalam PH, maka Jasa dibubarkan. Bahkan jangan kerana nasihat DAP, maka Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang mempunyai ribuan pekerja terpaksa dibuang begitu sahaja.

Agensi ini tidak sama bidang kuasanya daripada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) serta badan penguatkuasaan lain seperti polis trafik yang agak jauh beza fungsinya.

Mahathir sebaliknya umum potong 10% daripada gaji menteri tetapi hanyalah retorik dan wayang sahaja. Kalau gaji RM22,000, ada 14 orang menteri, itu baru jimat RM30,800 sebulan. Setahun pula baru jimat RM369,600 sahaja!

Bolehkah jumlah ciput itu hendak bayar hutang kerajaan konon RM1 trilion yang diwarisi daripada zaman Barisan Nasional (BN) memerintah dengan cemerlang selama 60 tahun? Sebenarnya potong gaji itu tidak beri kesan pun.

Menjelang Hari Raya Puasa, kenaikan gaji sudahlah tidak dapat, harga minyak tidak turun tetapi kekal, GST tidak dimansuh namun baru mahu cari cara penyelesaiannya. Buang 6% GST, dapat 10% SST. Itu yang rakyat hendak?

Sebetulnya yang menjadi mangsa dek kerakusan nafsu PH hendak menawan kerajaan ialah rakyat apabila terpesona dan mengundi calon mereka. Hasilnya beribu-ribu hilang kerja dan kenaikan gaji pula ditangguh. Berbaloikah?

Kerajaan PH kena ingat, duit yang ada dalam kantung perbendaharaan negara sekarang adalah hasil usaha Najib. Tetapi kini berbilion-bilion ringgit dana ekuiti pelaburan asing sudah ditarik keluar dari Bursa Malaysia.

Saham jadi tidak menentu selama 13 hari urus niaga dagangan. Apakah hasil yang kerajaan PH baru bawa sekarang? Proton yang dulu kata konon China jajah, sekarang kekal sama malah kerajaan PH enggan membelinya balik.

Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) yang dulu kata gadai kepada China, kini masih sama. Lebih lucu kos projek mega itu naik daripada RM55 bilion kepada RM66 bilion walhal dulu pernah kata boleh kurang separuh.


Jadi apa yang sudah diselamatkan? Ramai kena buang adalah. Ketua ketua kampung yang dapat elaun RM1,200 sebulan pun tidak lagi dapat nikmat itu. BR1M pun belum tentu dapat lagi pada Jun ini untuk menyambut Syawal.
Maka moral ceritanya, undilah lagi ikut emosi, dan inilah padahnya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

9 comments:

Anonymous said...

Kami dah lantik PH sebagai kerajaan, biarlah mereka berusaha menangani permasalahan ekonomi negara. Kami cuma tunggu hasil 100 hari untuk penilaian pertama...selalunya orang yg kalah yg akan kutuk macam-macam

Anonymous said...

RAKYAT TELAH DIKENCING HANCING OLEH PAKATAN

Semasa PRU14, pemimpin-pemimpin pakatan telah berjanji:

1) Janji pemimpin pakatan: "HARI INI KITA (pakatan)n) MENANG, ESOK KITA HAPUSKAN TOL."

Wah pengundi-pengundi pakatan telah dikencing hancing ! Hakikatnya tol lebuh raya Utara-Selatan , MRR2 masih beroprasi seperti biasa !

2) Janji pemimpin pakatan: "HARI INI KITA (Pakatan Harapan) MENANG, ESOK KITA TURUNKAN HARGA MINYAK."

Wah pengundi-pengundi pakatan telah dikencing hancing sekali lagi ! Hakikatnya harga minyak tidak turun pun. Rakyat dikencing lagi oleh pakatan !


3) Janji pemimpin pakatan : "SILA TUNTUT JANJI KAMI SELEPAS PAKATAN HARAPAN MENANG!"

Wah nampaknya rakyat telah dikencing berulang kali oleh rejim pakatan. Rejim pakatan sibuk mencipta pelbagai alasan dan membesar-besarkan kesalahan kerajaan UMNO BN dengan menjadikan kerajaan UMNO BN sebagai kambing hitam supaya rejim pakatan tidak menunaikan semua janji dalam manifesto pakatan.

Rejim pakatan telah gagal melaksanakan:

1. penghapusan GST dan tol lebuhraya. Bahkan rakyat dihadiahkan dengan GST 0% dan SST 10%. 10% kadar cekik darah rakyat.

2. penurunan harga minyak petrol dan disel.

3. pengurangan beban rakyat. Semenjak terbentuknya rejim pakatan, beban rakyat bertambah apabila harga barang-barang keperluan asas rakyat telah meningkat tinggi pada tahap gila babi.

4. dll.

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila dia berbicara dia dusta, apabila dia berjanji tidak ditepati dan apabila diberi amanah dia khianati.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Anonymous said...


5. Rejim pakatan juga telah mungkir janji konon pembayaran PTPTN akan ditangguhkan sehingga orang yang berhutang mencapai gaji RM4000 sebaik sahaja pakatan berkuasa tetapi malangnya orang bergaji RM1000 pun terpaksa membayar hutang PTPTN !

Kita cabar barua pakatan 11:51 AM memberitahu kita janji pakatan manakah yang telah ditunaikan oleh pakatan dan berikan bukti !

Anonymous said...


Woi barua pakatan 12:14 pm, jika pakatan yang berjanji maka pakatanlah yang wajib laksanakan. Jangan sibuk salahkan orang lain di atas kegagalan rejim pakatan menunaikan janji !!!

Janji wajib ditepati bukan dicapati !

Anonymous said...


Woi barua pakatan 12:18 PM, kamu pun sama dengan rejim pakatan sibuk menyalahkan orang lain dan mencipta pelbagai alasan supaya rejim pakatan boleh melarikan diri dari melaksanakan semua janji pakatan.

Dahlah cipta alasan konon rejim pakatan kekurangan wang konon kerana kerajaan UMNO BN berhutang RM1 trillion sedangkan fakta menunjukkan hutang kerajaan sebenarnya adalah RM 686 Billion sahaja iaitu 50.8 peratus daripada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar).

Hairan juga ya bagaimana boleh kerajaan pakatan yang kononnya 'miskin' boleh sponsor RM40 juta untuk tayangan bola dunia dan melaksanakan projek RM30 billion di Langkawi.

Siakap senohong gelama ikan duri,
Bercakap bohong,lama lama mencuri

Mengata dulang paku serpih,
Mengata orang dia yang lebih

Anonymous said...


Barua pakatan 12:23 PM cuba membela kemunafikan rejim pakatan yang telah gagal menunaikan semua janji dalam manifesto pakatan dalam PRU 14 dengan menuduh rakyat munafik. Ini menunjukkan barua ini adalah kepala bapak munafik keran membela rejim munafik.



Anonymous said...

Woi barua pakatan 12:23 PM , siapa munafik?

Kamu tuduh rakyat munafik,sedangkan yang mungkir janji ialah barua dan pemimpin pakatan sendiri maka jelaslah siapa munafik !

Pemimpin-pemimpin pakatan kamu yang telah berjanji konon akan melaksanakan semua janji sebaik sahaja pakatan menang PRU14 tetapi sekarang mereka gagal tunaikan semua janji ! Siapa munafik ?

Wah barua dan pemimpin-pemimpin pakatan MUDAH LUPA atau berpura-pura buat lupa !

Anonymous said...


Wah pakatan juga membela tukang tilik nasib kaki kencing seperti barua 12:19 PM yang kononnya mengetahui masa hadapan dan takdir Allah.

Maka jelaslah barua 12:19 PM pendusta yang amat sesat kerana syirik !

Anonymous said...


Tindakan rakyat meminta rejim pakatan menunaikan semua janji pakatan sendiri bukanlah tindakan bodoh sombong.

Sebaliknya tindakan pakatan menipu rakyat dengan memungkiri semua janji pakatan sebaik sahaja memenangi PRU14 adalah tindakan hipokrit bodoh sombong! Manusia bodoh sombong sahaja menyokong pakatan memungkiri janji !

Kita akan undi PAS dalam PRU15 kerana pakatan gagal menunaikan janji !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails