KUALA LUMPUR 30 Mei - Pengumuman hanya 50 peratus potongan kadar tol untuk tempoh dua hari sebelum Aidilfitri oleh kerajaan Pakatan Harapan menyerlahkan bahawa mungkin kerajaan telah menyedari realiti bahawa penghapusan tol tidak realistik dan sukar dilaksanakan.
Unit Komunikasi Strategik UMNO berkata, pengumuman tersebut ternyata bercanggah dengan manifesto Pakatan Harapan yang berjanji untuk menghapuskan tol di seluruh negara demi meringankan beban rakyat.
“Pastinya harapan berjuta-juta pengguna lebuh raya yang akan pulang ke kampung halaman untuk berhari raya bukan saja hampa kerana tidak dapat tol percuma, malah masih perlu keluar duit belanja untuk bayaran tol.
“Ia pasti membebankan mereka khususnya yang berpendapatan rendah dan menggunakan lebuh raya untuk perjalanan jauh,” kata kenyataan itu di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
1 comment:
Kita merasa kasihan melihat pengundi-pengundi yang jahil telah dikencing hancing oleh pemimpin-pemimpin pakatan.
Dengar cakap enggang makan buah belolok,
Dengar cakap orang terjun masuk lubuk.
Sebelum PRU14, pemimpin-pemimpin pakatan berjanji konon pakatan akan menghapuskan GST dan tol, menurunkan harga minyak, mengurangkan beban rakyat ... bla ... bla .... bla .. sebaik sahaja pakatan memenangi PRU14.
Dan sekarang semua janji pakatan ke laut ! Itulah habuan untuk pengundi-pengundi pakatan yang tidak cerdik.
Sepatutnya mereka mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam untuk menggulingkan kerajaan BN dalam PRU14.
Post a Comment