Friday, June 01, 2018

3 Pelajar M'sia Juara Pertandingan Nuklear Dunia


Pencapaian membanggakan oleh tiga orang anak tempatan apabila berjaya menjuarai pertandingan Program Pembangunan Sumber Manusia Untuk Tenaga Nuklear peringkat antarabangsa.

Pertandingan tersebut yang melibatkan pelbagai negara telah dianjuran oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang berlangsung di Gyeongju, Korea Selatan, kelmarin.

Lapor akhbar tempatan, pelajar terbabit ialah Muhammad Syazwan Mat Sidik, 17; Muhammad Anuar Abd Ghani, 17; dan Safiyyah Muhammad Nasir, 16; dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Besut, Jertih, Terengganu.
Mereka telah menubuhkan pasukan yang dengan nama ‘Kubest Innovation Team’ pada Disember 2017 dan telah melalui tiga peringkat awal mengatasi 188 pasukan daripada 30 negara anggota IAEA.
Pasukan di bawah pengawasan Projek Unit Inovasi SMK Kuala Besut diketuai Faizul Abd Rahman, Ketua Bidang Sains Matematik SMK Kuala Besut, turut dibantu oleh Wan Zul Azri Wan Mod Shatar selaku Guru Penyelaras Projek, dan Rohaya Husin yang juga guru di sekolah berkenaan.
Dengan kerjasama Agensi Nuklear Malaysia dan dorongan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, Tengku Zaihan Bin Che Ku Abd Rahman yang juga ADUN Kuala Besut, pasukan ini telah berjaya melangkah jauh.
Bagi mencungkil ilmu berkenaan nulear, tiga orang pelajar ini telah berkunjung ke jabatan jabatan kerajaan, sekolah berprestasi tinggi serta bantuan dari PIBG dan pembabitan komuniti setempat.
Pengetuanya, Che Soh Che Mat berkata, menerusi pertandingan itu, pelajar menggunakan tema mengenai kebaikan kuasa nuklear dengan projek bertajuk, 100 Things About Nuclear Science And Life.
Mereka telah membeli tapak di Google Apps dengan memasang aplikasi NBEST untuk penyebaran maklumat yang mana seluruh dunia dapat memuat turun aplikasi berkenaan sebagai kesedaran tentang keperluan tenaga nuklear kepada masyarakat.
Berkonsepkan “i-clear about nuclear”, masyarakat lebih memahami apa itu tenaga nuklear dan keperluan tenaga terbabit kepada kehidupan.
Kerja keras yang dilakukan dengan kesungguhan oleh ketiga-tiga pelajar tersebut ternyata membuahkan hasil apabila menjuarai pertandingan di peringkat antarabangsa.
 SUMBER: UTUSAN MALAYSIA

Menerusi pertandingan itu, Malaysia adalah antara lima negara yang layak ke peringkat akhir selain daripada Amerika Syarikat, Hungary, Jepun dan Korea Selatan.
Sementara itu, Yang Dipertua PIBG sekolah berkenaan, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman berkata, beliau amat berbangga dengan kemampuan ketiga-tiga pelajar yang mewakili negara ke pertandingan berkenaan.
“Mereka sememangnya berminat dalam bidang nuklear dan menyertai pertandingan berkenaan selepas mendapat tahu Agensi Nuklear Malaysia membuka penyertaan kepada sekolah-sekolah seluruh negara pada pertengahan tahun lalu,” katanya.
Kepulangan pelajar terbabit ke Malaysia yang dijangka tiba esok jam 3.30 petang akan disambut oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.(IH)

1 comment:

Anonymous said...


cybertrooper mahligai ternakan pakatan biawak lidah bercabang akan mengalami penyakit alahan (allergy) setiap kali penipuan dan kezaliman pakatan didedahkan kepada orang ramai.

Dasar cybertrooper menyondol dedak cap roket setaraf dengan babi ternakan towkay dedak roket.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails