Monday, May 28, 2018

PAS Kedah Sedia Runding Isu Speaker. -Dr Ahmad Fakhruddin.



PAS Kedah komited dengan ketegasannya berhubung isu pelantikan Speaker Dewan Undangan Negeri perlulah mengikuti kaedah-kaedah dalam Undang-undang Tubuh Negeri Kedah.
Cadangan Menteri Besar Kedah untuk bertemu dengan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dari pihak pembangkang belum memadai kecuali perlu melibatkan semua parti-parti politik yang berkaitan iaitu komponen Pakatan Harapan (PH), PAS dan Barisan Nasional bagi menyelesaikan isu ini. PAS sedia ke arah itu.
Sikap memberi tekanan dan mendesak pihak pembangkang untuk menerima hanya cadangan daripada Menteri Besar atau sebagai Pengerusi PH Kedah adalah sikap yang tidak profesional, adil dan matang sebagai seorang pemimpin Kerajaan Negeri.
PAS berpandangan cadangan agar diadakan PRN menampakkan kerapuhan kerajaan pimpinan blok PH serta kegelabahan Menteri Besar berhadapan dengan senario yang ada di Kedah apabila kedudukan kerusi pihak kerajaan pimpinan PH 18 dan kerusi kalangan pembangkang 18.
DR AHMAD FAKHRUDDIN SHEIKH FAKHRURAZI
Pesuruhjaya PAS Kedah
27 Mei 2018 - HARAKAHDAILY 27/5/2018

3 comments:

Anti Fitnah said...

Elok juga diadakan PRN baru untuk penyelesaian masalah ini. Kita lihat kali ini rakyat Kedah nak siapa pulak selepas begitu banyak kebongkaran yang selama ini di"persetujui" oleh PAS.

Anonymous said...


DAJAL PENJAJA FITNAH

Dajal-dajal ternakan pakatan menggunakan pelbagai nama samaran seperti 'anti fitnah' untuk mencipta dan menjaja fitnah tanpa sebarang bukti untuk menghasut orang ramai membenci parti Islam PAS pimpinan ulama Islam dan perjuangan Islam PAS.

Bahkan dajal-dajal ini adalah nabi palsu yang membuat ramalan syirik kononnya PAS akan kalah di semua kerusi dalam PRU 14. Malangnya dajal-dajal ini adalah pembohong kerana fakta menunjukkan prestasi PAS dalam PRU14 adalah lebih baik dari PRU13 dan puak pakatan kalah secara total di Kelantan dan Terengganu bahkan sebilangan calon pakatan hilang deposit!

Maka kemenangan pakatan dalam PRU 14 adalah satu bentuk penghinaan, perkosaan dan pencabulan ke atas prinsip demokrasi yang kononnya diperjuangkan oleh pakatan selama ini di mana rakyat telah di'brainwashed' dengan pelbagai fitnah supaya mereka mengundi pakatan dan menolak PAS dalam PRU 14.

Ini bererti rakyat mengundi pakatan berdasarkan kebencian mereka yang tidak rasional terhadap PAS. Bukankah ini bererti pakatan ditubuhkan untuk memperjuangkan fitnah sehinggakan pakatan menentang RUU anti-berita fitnah?

Akhirnya siapa yang rugi? Rakyat yang mengundi pakatan yang menanggung kerugian dan sesalan setelah mereka menyedari mereka telah ditipu oleh dajal-dajal ini dan pakatan gagal menunaikan semua janji (kencing?) manis dalam manisfesto pakatan !

GST tidak dihapuskan, harga minyak tidak diturunkan, tol lebuh raya masih beroperasi, beban rakyat bertambah berat apabila harga barang-barang keperluan asas meningkat pada tahap gila babi dll.

Apa lagi dajal-dajal pakatan mahu?

Anonymous said...


Parti Islam PAS pimpinan ulama Islam amat mementingkan kebajikan rakyat menyebabkan PAS menawarkan pembentukan kerajaan campuran di negeri-negeri di mana pakatan gagal mencapai simple majority tetapi malangnya pemimpin-pemimpin pakatan menolak cadangan PAS.

Akibatnya terbentuklah kerajaan pakatan yang sangat lemah dan tidak stabil dan pada bila-bila masa sahaja kerajaan pakatan boleh tumbang ! Inilah akibat pemimpin pakatan lebih mementingkan agenda peribadi dari kepentingan dan kebajikan rakyat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails