Friday, June 01, 2018

Begini Lawan Israel Di Indonesia. M'sia Berani Ke?




TIDAK cukup dengan kekejaman dilakukan ke atas penduduk Palestin, Israel cuba membangkitkan kemarahan Indonesia dengan melarang pelancong Indonesia datang ke Palestin baru-baru ini.

Lapor Sinar Harian, tindakan tersebut dilakukan sebagai tindak balas langkah pihak Jakarta menggantung pengeluaran visa kepada warga Tel Aviv berikutan kekejaman yang berlaku di Gaza minggu lalu.
Jurucakap Kementerian Luar Israel, Emmanuel Nahshon menyalahkan tindakan Indonesia itu sekali gus bertindak mengharamkan pelancong Indonesia memasuki Palestin dalam satu kenyataan semalam.
Sempena 70 tahun Peristiwa Nakba yang lepas, ribuan rakyat Indonesia mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran awal bulan ini sebagai bantah tindakan Presiden Amerika Syarikat (ASS), Donald Trump memindahkan kedutaannya ke Baitulmaqdis.
 RIBUAN RAKYAT INDONESIA MENGADAKAN BANTAHAN TERHADAP ISRAEL SEMPENA HARI NAKBAH YANG LEPAS.
Indonesia dengan tegas mengutuk tindakan kejam Israel terhadap rakyat Palestin semasa perhimpunan tersebut di taman Monumen Kebangsaan di Jakarta sambil mengibarkan bendera Palestin dan membawa sepanduk.
Selain itu juga, Jakarta bertindak memansuhkan cukai kastam ke atas semua jenis barangan Palestin yang diimport ke Indonesia.
Israel dan Indonesia mempunyai hubungan ekonomi yang membolehkan warga Israel melawat Indonesia menggunakan visa sementara atau visa perniagaan.
Pun begitu, kedua-dua negara ini tidak pernah menjalinkan hubungan diplomatik.
Setiap tahun, dianggarkan ribuan rakyat Indonesia memasuki Israel untuk melawat Masjid al-Aqsa dengan menggunakan visa khas. 

Malaysia PH pimpinan Mat Sabu sebagai Menteri Pertahanan, berani begini? (IH)

1 comment:

Anonymous said...


Wah cybertrooper mahligai dan ikan ternakan pakatan mendedahan diri mereka sebagai pembela rejim pengganas Israel.

Maka tidak hairanlah biawak-biawak lidah bercabang ini sibuk menjaja fitnah terhadap parti Islam PAS pimpinan ulama Islam.

Woi cybertrooper pakatan, mana semua janji pakatan dalam PRU14? Sudah ke lautkah? Kamu semua telah kencing rakyat dengan pelbagai janji dajal.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails