Saturday, June 02, 2018

Kahwin Paksa Lelaki Cina Dengan Muslimah Uighur. Apa Sikap PH?


TAIWAN, 17 Ramadan 1439H, Sabtu – Penindasan terhadap etnik Islam Uighur tidak pernah terhenti, malah saban hari ada sahaja tindakan China yang melampaui had kemanusiaan.
Terbaharu, kerajaan China dipercayai memaksa wanita Islam Uighur berkahwin dengan lelaki Cina tanpa kerelaan, menerusi video yang tersebar di laman media sosial.
Rata-rata netizen meluahkan rasa kesal dan kecewa dengan tindakan China yang begitu kejam, lebih-lebih lagi melihat wanita Uighur itu dalam kesedihan .
Difahamkan tindakan itu adalah sebahagian rangka untuk mengasimilasikan dan melemahkan etnik minoriti muslim di Xinjiang.
Pemuat video berkenaan berkata, kehidupan entik minoriti itu terlalu tertekan dalam segala aspek.
“Selepas penjarakan semua lelaki Uyghur dalam kem konsentrasi, China kini memaksa wanita Uyghur mengahwini lelaki Cina. Pembunuhan beramai-ramai sedang berlaku secara terang-terangan.
“Apa yang dikesalkan, komuniti antarabangsa termasuk negara Islam yang lain hanya mengabaikan saja tangisan saudara muslim Uyghur”, tulisnya.
Sebelum ini dilaporkan, kerajaan China sentiasa menindas muslim Uighur di Xinjiang, antaranya tidak membenarkan setiap kakitangan, guru dan pelajar berpuasa dan menjalankan sebarang aktiviti yang berkaitan dengan bulan suci ini.
Bahkan, muslim Uighur juga tidak dibenarkan untuk memakai tudung, membela janggut, memakai lambang bulan sabit dan bintang di pakaian atau pengangkutan awam.
Bukan itu sahaja, mereka juga menghadapai kesukaran untuk mendapatkan passport terutama ketika ingin menunaikan haji.
Lebih teruk apabila kerajaan China yang menentukan imam, bahan ceramah dalam aktiviti keagamaan, tempat untuk diadakan segala aktiviti keagamaan dan versi Al-Quran yang digunakan. – Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa sikap Malaysia PH ke atas kezaliman dan penindasan umat Islam di luar negara? Contohnya seperti di negara China ini, kan Islam itu bersaudara. Cubit paha kanan, kiri pun terasa sama.. Allahu Akbar!
Hasil carian imej untuk ibnu hasyim di china
Atas: Ibnu Hasyim semasa berada di negara China bersama peniaga-peniaga Islam berbangsa Melayu.
Bawah: Ibnu Hasyim di tengah masyarakat di China.
E-Buku IH-33: Catatan Perjalanan
Hasil carian imej untuk ibnu hasyim di china

3 comments:

Anonymous said...

Islam ditindas. Simpati kpd bangsa uighur.

Anonymous said...

Apa PH buat? 'Wah pakatan juga membela tukang tilik nasib kaki kencing seperti baru'. hi hi hi Boboh semua PH. hi hi

Unknown said...

apa pula sikap pas? tanak hantar helikopter kipas syiling bom china ke? kah kah kahhh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails