Unit Komunikasi Strategik UMNO berkata, pengumuman tersebut ternyata bercanggah dengan manifesto Pakatan Harapan yang berjanji untuk menghapuskan tol di seluruh negara demi meringankan beban rakyat.

“Pastinya harapan berjuta-juta pengguna lebuh raya yang akan pulang ke kampung halaman untuk berhari raya bukan saja hampa kerana tidak dapat tol percuma, malah masih perlu keluar duit belanja untuk bayaran tol.
“Ia pasti membebankan mereka khususnya yang berpendapatan rendah dan menggunakan lebuh raya untuk perjalanan jauh,” kata kenyataan itu di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE