Thursday, May 31, 2018

Tutup JAKIM Dengan Serta Merta – Tawfik Tun Dr Ismail



Petaling Jaya, Selangor: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah satu badan yang mubazir (redundant) sebagai badan agama, demikian menurut mantan Ahli Parlimen Sungai Benut, Tawfik Tun Dr Ismail. 

Beliau yang selama ini terkenal mengkritik kewujudan badan tersebut sejak beberapa tahun yang lalu, menggesa supaya JAKIM ditutup serta merta.
Ia sebagaimana dilaporkan di dalam portal tempatan hari ini. 

Tawfik yang mengulas pengumuman Putrajaya berkenaan pelantikan sebuah jawatankuasa demi menentukan masa depan JAKIM, samada untuk mengekalkan peranan sekarang atau mengembalikan jabatan itu kepada peranan asalnya turut mempersoalkan sama ada usaha untuk menyelamatkan JAKIM itu sebenarnya ialah usaha untuk menyelamatkan air muka Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir. 

“Mahathir tidak mahu mengaku bahawa penubuhan JAKIM adalah salah dan ianya dilakukan hanya semata-mata untuk meletakkan dirinya sebagai lebih Islam daripada PAS.” 

Tawfik juga membuat dakwaan bahawa JAKIM telah melangkaui peranan asalnya dan mungkin perkara ini menjadi sebab kepada tindak tanduk kontroversi Jabatan itu dan lain-lain badan agama yang mengikut jejak langkahnya. 

Menurutnya, terdapat isu-isu merepek seperti isu hot dog dan root beer serta tindakan terhadap kedai buku Border dan tindakan memalukan Mustafa Akyol, dakwanya lagi. 

Beliau menambah dalam isu pensijilan halal, Jabatan Agama Islam negeri mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan sijil tersebut manakala untuk memeriksa ramuan, perkara tersebut boleh disemak oleh Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pertanian. 

“Dalam kes sijil halal, Jabatan Agama Islam Negeri boleh mengeluarkan sijil-sijil itu. Sekiranya ramuan perlu diperiksa, kita ada Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pertanian untuk itu dan mereka mempunyai kelengkapan dan kepakaran yang diperlukan.” 

Dalam pada itu, Tawfik juga mempersoalkan keperluan sijil halal tempatan sekiranya negara lain telah pun mengeluarkan sijil sedemikian kerana perbuatan itu meletakkan pengguna pada keudukan yang merugikan. 

“Lagi-lagi kalau suatu itu sudah halal, sebagai contoh di Mesir, Arab Saudi atau Jordan, mengapakah ianya memerlukan sijil Halal Malaysia? Ianya menambahkan kos, meletakkan pengguna pada kedudukan yang merugikan.” 

“Terdapat syarikat pembuatan yang perlu membayar kesemua cas-cas untuk pasukan JAKIM mensahihkan kualiti halal sesuatu produk walaupun produk itu dibuat di Malaysia. (Menara.my)

2 comments:

Anonymous said...

Arak, rumah urut, judi perlu juga ditutup.. sbbnya merosakkan manusia.. jakim tak kacau non muslim pun kt malaysia ni.. cuma puak ala2 islam ni jer yg rasa terganggu gugat

Anonymous said...


Kepala bapak munafik liberal mendesak institusi Islam dihapuskan dan pada masa yang sama kepala bapak munafik merestui pusat maksiat bersepah di negara kita untuk memusnahkan akhlak umat Islam dan menjauhkan umat Islam dari ajaran Islam.

Allah telah mendedahkan puak munafik ini:

"Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: " Kami telah beriman ", dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)". Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu).
(Al-Baqarah 2:15)



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails