Wednesday, May 30, 2018

Sagu Hati RM500 Kepada Penjawat Awam K'tan




KOTA BHARU – Kerajaan negeri Kelantan hari ini mengumumkan untuk memberi sagu hati RM500 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kepada lebih 8,000 penjawat awam negeri.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata pemberian sagu hati itu bagi meringankan beban penjawat awam negeri untuk membuat persiapan bagi menyambut lebaran yang bakal diraikan pertengahan bulan depan.
“Kita akan bayar sagu hati tersebut dalam masa terdekat membabitkan peruntukan sebanyak kira-kira RM4 juta,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Anggota Perkhidmatan Awam peringkat Negeri Kelantan Tahun 2018 di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.
Seramai 100 penjawat awam negeri daripada beberapa agensi menerima anugerah berkenaan. – BERNAMA

1 comment:

Anonymous said...


Tahniah dan syabas kepada kerajaan Islam PAS Kelantan kerana prihatin terhadap kebajikan kakitangan awam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails