Tuesday, May 29, 2018

PH Menang Bukan Sebab Tun M – Rafizi



KUALA LUMPUR – Kenaikan kos sara hidup dan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) adalah sebab utama pengundi memilih Pakatan Harapan (PH), kata Rafizi Ramli, sekali gus menolak populariti Dr Mahathir Mohamad sebagai faktor penentu kemenangan gabungan itu.
Rafizi berkata tinjauan pendapat yang dijalankan Invoke Malaysia pasca pilihan raya menunjukkan pengundi lebih terkesan dengan dua isu berkenaan berbanding perasaan taat setia kepada Dr Mahathir.
“Kami membuat tinjauan pendapat pasca pilihan raya. Saya cenderung untuk membuat kesimpulan sekarang dan data akan mengesahkannya. Pada akhirnya, isu terbesar adalah isu punca pendapatan. Ia adalah mengenai GST lebih mengatasi isu lain,” kata pengasas Invoke itu kepada Malaysia Decides dalam satu temu ramah.
Beliau berkata walaupun Dr Mahathir dilihat popular dalam kalangan pengundi, partinya Bersatu tidak menunjukkan prestasi yang memberangsangkan di Kedah, sekali gus membuktikan yang beliau bukan faktor penentu kejayaan PH.
PH berjaya merampas Kedah daripada penguasaan Barisan Nasional (BN), tetapi Bersatu hanya memenangi tiga kerusi, sementara PKR menang enam dan Amanah satu.
PAS turut berjaya merampas tiga negeri daripada BN, termasuk mengalahkan calon Bersatu Wan Saiful Wan Jan di Pendang.
“Dr Mahathir menang besar sebelum ini di Kedah, tetapi kali ini PAS menang besar di Kedah.
“Ini bermakna, untuk kaum Melayu, jika mereka perlu memilih antara Bersatu yang dipimpin Dr Mahathir dan PAS, mereka akan pilih PAS,” kata Rafizi.
Penganalisis antarabangsa dan pemerhati menyifatkan “faktor Mahathir” sebagai kunci utama kemenangan luar jangka PH dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), memenangi 122 kerusi Parlimen berbanding BN 79 kerusi.
Dr Mahathir berjaya menyatukan pembangkang yang bertelagah dan berpecah dan kepimpinannya memberikan strategi dan struktur untuk PH menghadapi PRU14.
Golongan cerdik pandai juga menyifatkan kejayaan PH didorong oleh faktor Dr Mahathir dan partinya Bersatu yang berjaya menembusi kawasan luar bandar, yang gagal dilakukan PKR dan DAP sebelum ini.

6 comments:

Unknown said...

Hahaha.....ada orang kisah apa hasil dapatan si Rafizi ni.....????
Yang aku tahu, masa aku pangkah LAMBANG MATA SATU, bukan kerana PKR.
Tapi kerana itulah LAMBANG YANG DUGUNAKAN TUN UNTUK HARAPAN.
Kalau takda ppbm dalam HARAPAN, mati balik hidup aku takkan pangkah PKR.
Apatah lagi PAS!!!!!
Baik aku undi DAP - sekurang-kurangnya jelas hala tujunya.
Apa pun, dengar khabar Anwar dah tak sabar-sabar nak jadi PM.
Dia nak buat PRK lepas raya - LANGKAH PANDAN.
Tentulahslogan kempennya: ANWAR FOR PM!!!!
Letak sekali gambo dia tengha cium tangan Sultan Johor.
Kita tengok, boleh menang tak.

Anonymous said...


Kita tahu bahawa minah adalah barua ternakan parti roket bukan parti bunga dan kecenderungan minah menfitnah dan memburuk-burukkan parti Islam PAS berdasarkan komen-komen minah sejak sebelum PRU14 lagi.

Dan sekarang tanpa merasa malu dan segan, minah ini masih lagi auta @ temberang dengan menulis komen merepek dan merapu.

Anonymous said...


Wah terbongkar rahsia secara tidak sengaja. minah 10:28 AM telah mengesahkan berlaku perpecahan dan perebutan kuasa dalam kerajaan pakatan. Selepas ini mungkin minah dimaki oleh kepala babak cybertrooper pakatan kerana mendedahkan kelemahan dan perpecahan dalam pakatan.

Unknown said...

Rafizi cuma melaporkan dapatan kajiannya. Di xsuruh percaya pun. PH memang tak menang hanya kerana populariti calon.

Anonymous said...

Apakah hala tuju anda?? Anda orang Islam? Percaya tak dengan syurga dan neraka?

Anonymous said...

Klu nak ikutkan memang rafizi antara pemimpin muda melayu yg saya suka sbb ketegasannya. Tapi mempertikaikan sumbangan dr mahathir dalam kemenangan pru14 adalah sesuatu yang tak patut after all the hard work dr mahathir sumbang dalam usianya yang sangat tua.

Kalau rafizi ada niat sedemikian. Kenapa sebelum pilihanraya tidak disebutkan awal2 ie jika ph menang pru, ianya adalah bukan sebab sumbangan dr mahathir. Klu reasonnya adalah kerana semata mata biarlah menang dulu, maka memang pincanglah pembentukan pakatan. Kepincangan ini adalah kerosakan besar yg tdk mustahil boleh roboh sbb ianya perkara foundation which is intipati asas kerjasama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails