Tuesday, May 29, 2018

Mavcom Patut Dikekalkan – Presiden CAP

Mavcom Terima 1,600 Aduan Syarikat Penerbangan

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) melahirkan rasa kecewa berhubung ulasan tidak berasas yang diberikan Persatuan Pengguna-Pengguna Pengangkutan Malaysia (4PAM) terhadap Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), Jumaat lepas.

Presidennya S.M. Mohamed Idris berkata sebagai sebuah pertubuhan pengguna, pihaknya menerima banyak aduan daripada pengguna berhubung syarikat penerbangan sejak beberapa tahun lalu membabitkan hal-hal seperti kehilangan bagasi, tidak diberikan pampasan, tidak dimaklumkan mengenai pertukaran jadual penerbangan dan pelbagai rungutan lain.
“Sejak MAVCOM diperkenalkan, kami melihat berlaku penurunan yang drastik dalam aduan mengenai syarikat penerbangan. Kami percaya hal ini bukan sahaja disebabkan oleh kecekapan MAVCOM dalam mengendalikan aduan yang diterima malah akhirnya terdapat sebuah badan yang memantau syarikat penerbangan dan memberi perhatian kepada kebajikan penumpang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia (MACPC) yang dibentuk oleh MAVCOM memberikan penjelasan yang secukupnya berhubung hak-hak penumpang dan tanggungjawab syarikat penerbangan.
Sementara itu Mohamed berkata berhubung pengenaan caj perkhidmatan RM1 yang dikenakan kepada penumpang yang berlepas dari lapangan terbang di Malaysia yang dikritik oleh 4PAM, CAP percaya bayaran itu adalah wajar memandangkan MAVCOM tidak lagi dibiayai oleh kerajaan.
“Hakikatnya, pertubuhan, syarikat malah kerajaan sendiri memerlukan wang untuk beroperasi dan meneruskan operasi mereka Berhubung 4PAM mempersoalkan ketelusan MAVCOM, sejujurnya ia agak memalukan kerana semua data, kertas penyelidikan, laporan pengguna, laporan tahunan (yang mengandungi penyata kewangan suruhanjaya berkenaan) dan sebagainya terdapat di dalam laman sesawangnya.
“Tambahan pula, MAVCOM merupakan sebuah suruhanjaya yang memberikan laporan secara langsung kepada Parlimen yang menuntut ketelusan,” katanya.
Beliau berkata secara kesimpulannya pihaknya tidak menemui sebarang kewajaran bagi serangan 4PAM terhadap sebuah suruhanjaya yang baik.
“Oleh itu kami ingin menegaskan bahawa MAVCOM patut dikekalkan demi kebajikan penumpang kapal terbang,” katanya. – BERNAMA

3 comments:

Anonymous said...

(Pas Menjual Agama Kerana Dunia)

Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Akan keluar pada akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka berpakaian di hadapan orang lain dengan pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan perkataan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala. Allah SWT berfirman kepada mereka “Apakah kamu tertipu dengan kelembutanKu? Ataukah kamu terlalu berani berbohong kepadaKu? Demi kebesaranKu, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendekiawan) pun akan menjadi bingung” (HR Tirmizi)

Anonymous said...

Yang menulis komen nie yang menjual agama..sudah2 ko nk mengata pas..cermin diri dlu..jual agama puak2 ph dan bn..bodoh supo keldai

Anonymous said...

Munafik 5:53 am menjilat kaki pemimpin sekular liberal dan kafir harbi yang memusuhi Islam sambil menfitnah dan menghina parti Islam pimpinan ulama Islam kerana si munafik bangsat ini amat bencikan perjuangan Islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails