Wednesday, May 30, 2018

Lim Guan Eng Putar Belit Isu Bailout




SEJAK menjadi Menteri Kewangan, Lim Guan Eng cuba menjadikan media sebagai Mahkamah. Berbagai isu didedahkan di media dan objektifnya adalah untuk mencari kesalahan dan menjatuhkan hukuman.

Satu lagi objektifnya ialah untuk mengalih perhatian rakyat supaya tidak mempersoalkan perlantikan kontroversi belaiu sebagai Menteri Kewangan kerana terpalit dengan kes rasuah yang dalam proses perbicaraan di Mahkamah.
Bermula daripada isu hutang negara, Lim Guan Eng menuduh kononnya kerajaan BN telah membelanjankan hampir RM7 Bilion untuk “bailout” syarikat 1MDB. Soal dasar dan soal janji Kerajaan PH langsung tidak dihuraikan.
Lim Guan Eng tidak dapat membezakan lagak seorang street fighter dan seorang menteri. Apakah dia tidak sabar untuk membalas dendam? Atau dipengaruhi oleh Tony Pua pegawai khas beliau di MOF. Tony Pua adalah anggota PAC.
Dia banyak mengeksploitasi isu 1MDB. Sebab itu wujud percanggahan dari awal lagi antara beliau dengan seorang lagi bekas ahli PAC daripada DAP iaitu Dr. Tan Seng Giaw.
Besar kemungkinan Tony Pua yang menasihatkan dan memberi fakta mengelirukan kepada Lim Guan Eng untuk diguna pakai dalam setiap sidang akhbar beliau sebagai Menteri Kewangan.
Sedangkan, PAC yang mencadangkan supaya semua aset hartanah 1MDB yang bernilai tinggi dan strategik dipindahkan kepada syarikat syarikat milik MOF Incorporation.
Maka apakah salah MOF membayar hutang 1MDB sebagai balasan kerana mengambil alih aset-aset hartanah tersebut? Dan mengikut nilai qn semasa, harga tanah tersebut ialah RM30 Bilion.
Kalau PAC tidak mencadangkan aset itu diambil alih oleh Kementerian Kewangan, sebenarnya 1MDB masih mampu membangunkan sendiri hartanah tersebut dan membayar hutangnya.
Semua pihak tahu perkara itu dilakukan mengikut prosedur dan undang undang yang dibenarkan. Maka tidak timbul ia adalah bailout sebagai mana Tun Dr. Mahathir Mohamad bailout syarikat perkapalan anaknya melalui “Danaharta”. Semua orang termasuk Lim Guan Eng dan ayahnya tahu perkara tersebut.
Apa kerajaan dapat bila syarikat perkapalan milik Mirzan Mahathir dibailout? Tidak ada apa pun. Satu aset pun tidak dapat. Sedangkan dalam kes 1MDB, meskipun MOF Inc. mengambil alih semua aset, tetapi hutang dan liabiliti 1MDB tetap kekal dengan syarikat 1MDB.
Semuanya mengikut rule of law. Apakah perlantikan Lim Guan Eng mengikut rule of law?
Oleh: Mohd Puad Zarkashi



7 comments:

kedahhassan said...

rule of the jaw..

Anonymous said...

Biasalah seorang penyamun yang dilantik menjaga harya karun akan buat heboh menuduh orang lain penyamun supaya orang ramai lupa bahawa dia adalah kepala bapak penyamun.

Anonymous said...

Umpama tikus nk baiki labu, kalau nk mngharapkan pada tikus juga labu tak kemana juga

Anonymous said...

PUAD NI MASIH RASA DIA ADA DLM JASA KE? TK ABIS2 MEROYAN.. DUK DIAM2 LA DH TK JAWATAN..

Anonymous said...


Betullah barua pakatan 11:28 PM. DUK DIAM2 LA DH TK JAWATAN, BIARKAN TIKUS ROKET BAIKI LABU !

Anonymous said...

Tuan ibnu takde berita tentang cerita hindraf tuntut uitm untuk dibuka kpd semua kaum? Dh ke laut nmpknya diorang ni. Diorang tau tak yg Ph ni menang dgn bantuan undi sapa kalau tak orang melayu? Tujuan orang melayu pilih kerajaan baru adalah untuk menjatuhkan kerajaan korup bukannya nak khianati hak istimewa bangsa sendiri yg dah termaktub dalam perlembagaan. Kalau objektif menang tu nak hilangkan hak istimewa orang melayu dan meliberalkan Islam sila tulis siap2 dalam manifesto so senang awal2 orang melayu tak pangkah.

Anonymous said...

Sibuk semua dengan rule of law. Undang undang Islam ada kan??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails