Monday, May 28, 2018

Gadai Petronas Untuk Tunai Janji Manifesto?




SELAKU pelajar universiti yang tahu serba sedikit tentang ekonomi, ada beberapa pertanyaan yang terbuku di hati ini.

• Bukankah pertumbuhan ekonomi negara kini adalah 5.9% dari KDNK?
• Bukankah credit rating moody memberi penarafan A – pada Malaysia? Dengan kata lain, kita tiada masalah dalam pembayaran hutang?
• Bukankah defisit fiskal kita kian menurun kepada 2.8% berbanding tahun sebelumnya iaitu 3.0%?
Jika jawapannya ada BENAR, untuk apa kita jual sebahagian saham kepunyaan kerajaan kepada negara luar? Ekonomi kita kukuh. Pertumbuhan ekonomi kita baik dan kita tidak ada rekod masalah untuk membayar hutang.
Apa yang saya dapat lihat, adakah kerajaan cuba menggunakan alasan kononnya hutang RM 1 trillion, maka terpaksa gadaikan Petronas kepada sesiapa yang kita tidak ketahui?
Dengan penghapusan GST yang membawa pendapatan negara RM 44.3 billion dan kesanggupan kerajaan menanggung hutang PTPTN yang bernilai RM 45 billion menunjukkan sikap kerajaan bahawa hutang kononnya RM 1 trillion itu bukanlah memberi impak pada negara. Jika mereka khuatir tentang hutang, sudah pasti mereka tidak jadikan GST kepada 0% rate.
Penjualan saham sebanyak 25 peratus membawa pendapatan sebanyak RM 200 billion. Cukup untuk merealisasikan menifesto yang telah dijanjikan untuk jangka masa pendek.
Bagaimana pula untuk jangka masa panjang? Jual lagi saham Petronas? Berbaloikah menunaikan janji tontonan EPL percuma untuk rakyat dengan menggadaikan petronas?
Apa bila pegangan saham petronas berkurangan, maka pendapat untuk negara juga turut berkurangan. Bagaimana Perdana Menteri seterusnya ingin meneruskan pentadbiran? Adakah masa itu Tun M akan “menyelamatkan negara” untuk kali ke 3?
Saya merayu kepada kerajaan PH. Usah bailout menifesto anda dengan harta Petronas.
#DISCLAIMER: Saya adalah pelajar dan merupakan pengundi muda PRU-15, non-partisan terhadap mana-mana kumpulan tertentu.
Sumber: pakdin.my

12 comments:

Anonymous said...

1. Kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah yang tidak kisah PAS tidak menang di pusat dalam pilihan raya umum ke 14 kerana negara terlalu banyak berhutang menandakan lemahnya jiwa dan betapa kerdilnya semangat PAS dalam menghadapi kemelut politik negara.

Bahkan dalam nada bersahaja beliau merasakan lebih baik Pakatan Harapan (PH) memerintah sekarang selama lima tahun untuk menyelesaikan hutang sebelum PAS mengambil alih kerajaan pusat dalam PRU akan datang.

2. Kenyataan beliau adalah jawapan mengapa PAS gagal menguasai negeri-negeri di Pantai Barat dan hanya mampu mentadbir Kelantan dan Terengganu sahaja.

Mungkin daripada awal beliau dan pemimpin PAS sudah menghidu Pakatan Harapan (PH) akan memenangi Putrajaya lalu PAS mengambil langkah bersendirian dan tidak mahu bergabung kerana takutkan kemenangan yang menjadi sebab PAS menanggung bebanan hutang negara.

3. Saya amat hairan kenyataan seperti itu diungkapkan oleh seorang Naib Presiden sebuah parti Islam yang dianggap paling lama di negara ini.

Tidakkah ini mencerminkan pemimpin PAS berfikiran pasif dan hanya mahu mengambil kesempatan terhadap politik negara daripada pihak lain tanpa berusaha membantu menyelesai masalah negara yang kronik dan rumit sekarang.

Dalam maksud lain, PAS sebenarnya tidak tahu bagaimana menyelesai masalah negara dan tidak mahu menjadi sebahagian dari rakyat yang berusaha membangunkan negara tercinta hasil dari kerosakan oleh tangan-tangan pemimpin negara sebelum ini.

Dalam keadaan rakyat banyak memberi input dan nasihat yang baik kepada kerajaan pasca PRU ke 14, PAS pula mengambil sikap berlepas diri dan beretorik politik.

4. Jika itulah kenyataan dan mentaliti pemimpin PAS, maka tidak hairan PAS tidak mampu melangkah jauh walaupun sudah berusia lebih daripada 60 tahun.

PAS ketandusan pemimpin negarawan yang berjiwa besar dan memandang ke hadapan. Sepatutnya beliau memberi cadangan kepada kerajaan PH bagaimana mengembalikan negara di landasan sebenar, memulihkan ekonomi negara, membayar hutang-hutang negara, menghapuskan rasuah dan korupsi serta membebaskan semua agensi kerajaan yang ditekan selama ini.

5. Sikap pemimpin PAS yang masih berdelusi ini amat memalukan rakyat. Jika beliau masih merasakan PAS akan mendapat sokongan terbanyak, dan akan memenangi Putrajaya lima tahun lagi dengan sokongan rakyat, silakan beliau terus bermimpi di siang hari.

Kepada rakyat, ayuh kita bekerja bersama bagi membina semula negara, tinggalkan mereka yang hanya mahu bersenang lenang dan hanya tahu mengambil kesempatan atas usaha kita bersama selama ini.

Nanti kita akan kenal siapa yang benar ikhlas bekerja untuk negara, dan siapa pula yang hanya mahu mengejar jawatan dan kedudukan untuk kepentingan diri.


DATO’ HJ MAHFUZ OMAR
Naib Presiden AMANAH
Ahli Parlimen Pokok Sena
28 Mei 2018/12 Ramadzan 1439H.
Shahbudin Husin at 16:57

Suhaimi Bin Ayob said...

Oleh kerana pas mengamalkan politik matang maka dikeluarkan arahan supaya Husam dan wan Rahim tidak dibenarkan masuk disemua agensi kerajan kelantan termasuk semua istana kelantah. Ini dibuat bukan dendam tapi cara baru pentadbiran pas yang istiqomah.

Anonymous said...

Pas sentiasa istiqamah dalam perjuangan tetapi dato yg lari dari perjuangan so jangan banyak cite

Anonymous said...


Puak pakatan terlalu terdesak seperti cacing kepanasan kerana mendapat tekanan dari rakyat yang menuntut kerajaan pakatan memenuhi semua janji pakatan dalam PRU14 sehinggakan puak pakatan cuba menjadikan parti Islam PAS pimpinan ulama Islam sebagai kambing hitam untuk mengalih perhatian rakyat dari isu sebenar iaitu kelemahan kerajaan pakatan dan kegagalan kerajaan pakatan menunaikan semua janji yang terkandung dalam manifesto pakatan sendiri.

Kenyataan seekor biawak lidah bercabang yang bertukar warna dari hijau ke oren dan sanggup mengkhianati perjuangan Islam dan bersekutu dengan puak sekular liberal dan kafir harbi yang menentang dan menghina Islam tidak boleh diterima pakai oleh rakyat.

Jika biawak ini berani mengkhianati perjuangan Islam, dia juga boleh mengkhianati amanah rakyat.



Anonymous said...


Anon 9:32 PM,

Mana bukti? Dakwaan tanpa bukti adalah fitnah !

Anonymous said...


Mr Pokok Sena, tolong senaraikan sumbangan tuan yang besar kepada negara bersama dengan bukti. Tindakan tuan memperkecilkan sumbangan PAS kepada negeri dan negara jelas menunjukkan tuan seorang manusia yang bodoh sombong dan lupa daratan!

Anonymous said...


Mr Mahfuss,

Saat kau menunjuk orang lain, 1 jari kau tertuju ke arahnya, 3 jari balik Ke arah diri mu Sendiri !!!

Mengapa kamu suka bercakap tentang keburukan orang lain sedangkan keburukan itu ada pada diri mu sendiri?

Mengapa kamu suka menyalahkan orang lain sedangkan kamu sendiri tidak mampu melakukan kebaikan?

Suhaimi Bin Ayob said...

Celakalah sesiapa yang tidak mengundi ph tapi dia yang lebih2 nak tuntut janji manifesto ph. Pergi jahanam la manusia jenis ni.

Anonymous said...


Celakalah cybertrooper 10:43 PM ternakan pakatan kerana menafikan hak rakyat negara ini di sisi Perlembagaan Persekutuan dan hak asasi manusia!

Pergi jahanam la manusia jenis cybertrooper bangsat ni yang sentiasa mencipta dan menyebarkan fitnah di kalangan manusia seolah-olah dia adalah khadam iblis kerana dia suka memecah-belahkan masyarakat dan negara.

Anonymous said...

Janji.. pak pandir pun boleh janji...pirahhh

Unknown said...

Nak jual 25% petronas??rakyat akan tanggung beban kerana kerajaan tak akan dapat kawal harga petrol spt sekarang

Anonymous said...

Rakyat PH laa tanggung...bapak kena buang sebab pekerja kontrak..anak baru lepas u konon..takdak kerja..haru haru..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails