Sunday, May 27, 2018

Cuba Tekan PASTI Di PP Pun Bermula..


Bertahun-tahun BN cuba utk menutup aktiviti PASTI... tapi tidak berjaya...sblm PRU baru ni, seorang guru ditukarkan 24 jam hanya kerana benarkan PASTI menggunakan padang sekolah utk mengadakan aktiviti sukaneka...

Selepas kejatuhan BN, nampaknya usaha tersebut mula disambung oleh kerajaan dap dgn bermula di P.Pinang...

Kilang haram yg beroperasi puluhan tahun dan menjadi punca pencemaran, depa boleh biarkan kononnya ia dah wujud sejak zaman BN....malahan dilaporkan lebih 200 kilang haram wujud di seluruh P.Pinang...tidak pula depa bertindak drastik...

Mgkn sebab semua kilang tu tidak keluarkan produk Islam... itu sbb depa tak ambik kisah.... tapi PASTI mengeluarkan kanak2 yg mempunyai asas didikan agama Islam... maka ia mungkin bakal membahayakan anutan sekular pada masa depan... itu sbb perlu disekat...

alfaqir ilallah ppk
10 Ramadhan 1439H
Yano Dzulkarnain 

MINDARAKYAT

1 comment:

Anonymous said...


BUAYA SEKULAR LIBERAL = ULAR SAWA SEKULAR LIBERAL

Walaupun kerajaan sekular liberal dipimpin oleh pemimpin-pemimpin sekular liberal dari parti yang berlainan, kerajaan sekular liberal tetap menentang ajaran Islam dan perjuangan Islam dan menafikan hak umat Islam kerana ideologi buatan manusia sesat seperti sekularisme, liberalisme, pluaralisme dll menola ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam dengan mengasingkan kehidupan keduniaan manusia dari ajaran Islam.

Menukar pemimpin-pemimpin sekular liberal dengan pemimpin sekular liberal yang lain adalah sama seperti menukar buaya dengan ular sawa dan rakyat tetap akan menjadi mangsa kerakusan nafsu serakah kerajaan sekular liberal.

Oleh sebab itu, marilah kita semua menyokong dan mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam dalam PRK dan PRU15 untuk menegakkan ajaran Islam dan membela hak umat Islam dan rakyat dan melindungi negara dari kezaliman, rasuah, salahguna kuasa, salahlaku dll,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails