Wednesday, May 30, 2018

A/Hadi Puji DAP, Sedia Kerjasama Jika Ditawar.

Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Abdul Hadi Awang memuji tindakan parti DAP yang matang apabila tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang berisiko menjejaskan keharmonian umat Islam selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) baru-baru ini.

Presiden Pas itu berkata ia suatu perkembangan yang positif apabila parti komponen Pakatan Harapan itu tidak lagi mengeluarkan kenyataan-kenyataan menyentuh berhubung hak masyarakat Islam walhal mengetahui mereka tidak berhak untuk bercakap mengenainya.

“Saya harap ini diteruskan. Hak orang Islam, biar orang Islam yang bercakap. Mereka boleh bela hak bagi kaum mereka sendiri dan Islam tak ganggu hak mereka,” kata beliau semasa wawancara dalam Astro Awani hari ini.

Beliau juga menyatakan tidak bermasalah untuk Pas bekerjasama sekiranya veteran DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menghulurkan tangan kepadanya.

“Ya, kita terima semua. sebab itu saya memperkenalkan konsep taawun, kerjasama ke arah yang baik, tidak bekerjasama bagi perkara yang tidak baik,” katanya.Pada 3 Jun 2015, Dewan Ulama Pas Pusat sebulat suara meluluskan usul tergempar untuk memutuskan kerjasama politik dengan DAP pada Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas ke-54 yang berlangsung di Gombak, Selangor.

Pas juga tidak menyertai Pakatan Harapan semasa PRU14 lalu sebaliknya menubuhkan gabungan pembangkang lain dikenali sebagai Gagasan Sejahtera. – MalaysiaGazette

2 comments:

Anonymous said...

Beliau juga menyatakan tidak bermasalah untuk Pas bekerjasama sekiranya veteran DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menghulurkan tangan kepadanya.

Takpe lah tima kasih... buang masa je... pi join BeEND

Anonymous said...

Itu kata anda. Sebagai orang yang berjiwa lapang selepas PRU14, demi melindungi Islam, Haji Hadi sanggup bekerjasama supaya Islam dijaga dengan baik oleh PH. Anda sebagai pengundi PH sanggup ke tengok Islam dipijak dan dilanyak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails